Solat



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi diri kepadaKu

Surah az Zariyat : 56


إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku

Surah Taha: 14

Imam al Ghazali r.a. berkata,
"Wajib bagimu mengenali dahulu siapa yang harus disembah setelah itu baru engkau menyembahNya" 
Kitab Minhajul Abidin, 24.


Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata,
"Manusia tidak akan beribadah secara sempurna kepadaNya tanpa makrifat yang sesungguhnya"
Kitab Sirrur Asrar, 17.


Jumhur ulama khalaf dan salaf Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengatakan, 
“Awaluddin Makrifatullah” iaitu awal agama mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala"
Kitab Mengenal Ilmu Tasawuf 2, 39.


Asas dalam Islam ialah 'Awalud Din Ma'rifat Allah' yakni seawal-awal agama adalah mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala melalui ajaran Islam (ciptaan Allah) yang diturunkan melalui Rasul-rasulnya yang diakhiri oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk memberi keselamatan dan kebahagiaan kepada umat manusia di dunia sehingga ke akhirat dengan hukum dan amalan yang meliputi segala aspek kehidupan, dari perkara yang sebesar-besarnya sehingga kepada yang sekecil-kecilnya dan semuanya itu bergantung kepada satu asas yang penting iaitu mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan mengakui keEsaanNya. Kepentingan hal ini adalah seperti mana kita mahu membina sebuah bangunan yang tinggi, hebat dan gah (kerana besar peranan kita sebagai Khalifah untuk bumi ini, rujuk Surah al Baqara ayat 30), tetapi pada permulaannya wajiblah kita membina asas (tapak) yang perlu teguh, kukuh dan stabil, maka demikianlah pula halnya 'Ma'rifat Allah', setiap orang wajib memahaminya supaya meresap dengan sebati dalam jiwanya sehingga menjadi satu keyakinan yang dapat mempengaruhi seluruh perasaan, gerak langkah dan seterusnya memikul tanggungjawab menjalankan  hukum dan amalan Islam.

Sekiranya Ma'rifat ini tidak kukuh, hanya sekadar mengetahui tetapi tanpa mahu difahami dan dihayati sepenuh hati (menundukkan nafsu hati dan akal rasional) hanya dalam peringkat sangkaan semata-mata (Tuhan ada, tapi ada yang macam mana tidak dipastikan?), maka disinilah pencetus seseorang itu merasa tidak bertanggungjawab dalam menjalankan hukum dan amalan Islam dalam kehidupan seharian dan akhirnya membawa kepada perkara yang bertentangan dengan apa yang diamanahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sepertimana kata perpatah Melayu, "tak kenal maka tak cinta". Walau pun tidak semua orang diberikan kemampuan semula jadi untuk mencapai Makrifat Allah seperti diperoleh melalui ilmu laduni (terpilih oleh Allah), tetapi kita tidak boleh berdiam diri kerana melalui jalan kesedaran (usaha diri kita untuk memahami akan hakikat sesuatu yang wujud dan diwujudkan seperti dari hasil membaca, menulis, mendengar, meneliti, berfikir dan lain sebagainya) kita mampu Makrifat Allah tetapi kaedahnya haruslah kita berguru, atau dengan lebih mudah iaitu 'yang dicari' dan 'yang mencari'. Ilmu Laduni adalah ilmu yang berasal dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Para malaikatNya pun berkata:


قَالُواْ سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
"Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami."

Surah Al-Baqara: 32


Allah Subhanahu Wa Ta'ala turut berfirman,

يُؤتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْراً كَثِيراً وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ
Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurniaan yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).

Surah al Baqara: 269


Demikian begitu jugalah dengan hamba Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang terpilih seperti Nabi Yusuf a.s. dan juga Nabi Khidir a.s., Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman,


وَكَذَلِكَ يَجْتَبِيكَ رَبُّكَ وَيُعَلِّمُكَ مِن تَأْوِيلِ الأَحَادِيثِ وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ
"Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu (untuk menjadi Nabi) dan diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari ta'bir mimpi-mimpi dan disempurnakan-Nya nikmat-Nya kepadamu.."

Surah Yusuf: 6


فَوَجَدَا عَبْداً مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْماً
Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.

Surah al Kahf: 65


Bagi jalan kesedaran (usaha) pula, Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman di dalam kisah Nabi Ibrahim a.s. ketika mana Baginda a.s. memikirkan (mencari jawapan) tentang ketuhanan setelah memerhati akan perjalanan sistem kehidupan setiap makhluk yang begitu teratur, sistematik, dan sempurna;


فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا 
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaa kepadaNya. 

Surah Ash Sham:8


يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِن قِطْمِيرٍ
Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah Allah Tuhanmu, kepunyaan-Nyalah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis selaput biji kurma.

Surah Faatir: 13


وَكَذَلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan dibumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.


فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأَى كَوْكَباً قَالَ هَـذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لا أُحِبُّ الآفِلِينَ
Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang". 


فَلَمَّا رَأَى الْقَمَرَ بَازِغاً قَالَ هَـذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّمْ يَهْدِنِي رَبِّي لأكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat". 


فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَـذَا رَبِّي هَـذَا أَكْبَرُ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ
Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). 


إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيفاً وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)". 

Surah Al An'am: 75-79


Setiap manusia (roh dan jasad) apabila ia dilahirkan ke alam wujud ini (dunia) akan menerima berbagai-bagai nikmat antaranya ialah tubuh badan yang lengkap dan sempurna dengan sifatnya disertakan dengan nikmat-nikmat yang tidak ternilai seperti mata, telinga, akal dan lain-lain yang mana tidak dapat diberi oleh sesiapa pun dari kalangan manusia itu sendiri mahu pun makhluk-makhluk yang lain. Maka tidak patut lah bagi orang yang menerima nikmat itu kalau dia tidak mahu mengenal siapakah pemberi dan tidak mahu merasa syukur akan nikmat pemberian yang sangat-sangat bernilai ini. Sikap ini tak sepatutnya disangkal lagi tentang tidak patutnya kalau difikirkan oleh orang-orang yang berakal siuman lagi waras yang menggunakan akalnya dengan jujur menilai setiap kejadian pada dirinya. Lebih-lebih lagi tidak patut kalau orang itu menggunakan nikmat pada bukan tempatnya dan dia pula menentang serta menderhaka kepada yang melimpahkan nikmat itu kepadanya. Allah Subhanahu Wa Ta'ala Yang Maha Pemurah, lagi Amat Mengasihani, Dia yang melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung kepada sekalian makhluk dan isi bumi, Dia telah mengingatkan manusia supaya mengenalNya dan mengakui keEsaanNya, dalam firmanNya,

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah

Surah Muhammad: 19

Seruan firman diatas adalah memerintahkan manusia supaya masing-masing berusaha mencari jalan mengenalNya dengan sepenuh-penuh yakin, kerana Dialah Pencipta manusia dan alam seluruhnya, dan Dialah juga yang mengurniakan segala nikmat yang mereka gunakan dalam alam kehidupan ini. Maka, jelaslah bahawa Ma'rifat Allah (mengenal Allah) itu hukumnya wajib pada syarak sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan juga diakui wajibnya oleh akal yang siuman lagi waras. Sesiapa yang tidak mahu mengambil berat mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala, sedang ia sentiasa menggunakan nikmat-nikmat pemberianNya maka sikapnya yang demikian adalah bertentangan dengan 'Fitrah insaniah' (keaslian perikemanusiaannya) dan melanggar perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala serta mencuaikan kegunaan akalnya sendiri. Cara untuk mengenal akan sesuatu sudah tentu dengan 'jalan' mengenal sifat-sifatNya, tetapi sifat-sifat Allah Yang MahaTinggi dan Maha Kuasa itu tidak dapat dicapai dengan pancaindera (dari segi zahir), ia hanya dapat diyakini dari kesan sifat-sifatnya yang ternyata pada kejadian-kejadian alam yang diciptakan-Nya. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk mengenalNya adalah,

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan

Surah Al Alaq: 1

Seruan 'Bacalah' di atas juga membawa erti berusahalah untuk mempelajari, mengetahui, memahami dan menghayati semampu boleh untuk mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Walau manusia dilengkapkan dengan akal untuk memikir dan menimbang apa yang diperhati dan ditelitinya dari kejadian-kejadian alam yang tercipta dengan indah dan teratur, bahkan manusia disuruh berbuat demikian untuk kebaikan dan keselamatan dirinya di dunia dan di akhirat, tetapi akal manusia itu adalah terbatas setakat perkara-perkara dan benda-benda yang ada dalam alam nyata yang dapat dicapai oleh pancaindera dan alat-alatnya sahaja. Oleh yang demikian, sudah tentu kita tidak dapat memikirkan sama sekali tentang Dzat Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bukannya dari jenis benda (ciptaan makhluk) dan tidak ada sesuatu pun yang menyamaiNya. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diutus oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk tujuan memimpin umat manusia akhir zaman ke jalan yang benar, telah menerangkan tentang cara menggunakan akal fikiran untuk 'mengenal Allah' melalui sifatNya bukan menggambarkannya (zahirkan) kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak diumpamakan, tidak berbunyi dan tidak berhuruf.

Manusia yang hatinya ikhlas, suci lagi bersih akan mudah menerima pancaran Nur Sir dan mata hatinya akan melihat kepada hakikat bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mungkin ditemui dan dikenali kecuali jika Dia mahu ditemui dan dikenali. Tidak ada ilmu dan amal yang mampu menyampaikan seseorang kepada AAllah Subhanahu Wa Ta'ala. Tidak ada jalan untuk mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Allah Subhanahu Wa Ta'ala hanya dikenali apabila Dia memperkenalkan ‘diriNya’. Penemuan kepada hakikat bahawa tidak ada jalan yang terhulur kepada gerbang makrifat merupakan puncak yang dapat dicapai oleh ilmu. Ilmu tidak mampu pergi lebih jauh dari itu. Apabila mengetahui dan mengakui bahawa tidak ada jalan atau tangga yang dapat mencapai Allah Subhanahu Wa Ta'ala maka seseorang itu tidak lagi bersandar kepada ilmu dan amalnya, apa lagi kepada ilmu dan amal orang lain. Bila sampai di sini seseorang itu tidak ada pilihan lagi melainkan menyerah sepenuhnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Bukan senang mahu membulatkan hati untuk menyerah bulat-bulat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ada orang yang mengetuk pintu gerbang makrifat dengan doanya. Jika pintu itu tidak terbuka maka semangatnya akan menurun hingga boleh membawa kepada berputus asa. Ada pula orang yang berpegang dengan janji Allah Subhanahu Wa Ta'ala bahawa Dia akan membuka jalanNya kepada hambaNya yang berjuang pada jalanNya. Kuatlah dia beramal agar dia lebih layak untuk menerima kurniaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagaimana janjiNya. Dia menggunakan kekuatan amalannya untuk mengetuk pintu gerbang makrifat. Bila pintu tersebut tidak terbuka juga maka dia akan berasa ragu-ragu.

Dalam perjalanan mencari makrifat seseorang tidak terlepas daripada kemungkinan menjadi ragu-ragu, lemah semangat dan berputus asa jika dia masih bersandar kepada sesuatu selain Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Hamba tidak ada pilihan kecuali berserah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, hanya Dia yang memiliki kuasa Mutlak dalam menentukan siapakah antara hamba-hambaNya yang layak mengenali DiriNya. Ilmu dan amal hanya digunakan untuk membentuk hati yang berserah diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Aslim atau menyerah diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah perhentian di hadapan pintu gerbang makrifat. Hanya para hamba yang sampai di perhentian aslim ini yang berkemungkinan menerima kurniaan makrifat. Allah Subhanahu Wa Ta'ala menyampaikan hambaNya di sini adalah tanda bahawa si hamba tersebut dipersiapkan untuk menemuiNya. Aslim adalah makam berhampiran dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sesiapa yang sampai kepada makam ini haruslah terus membenamkan dirinya ke dalam lautan penyerahan tanpa menghiraukan banyak atau sedikit ilmu dan amal yang dimilikinya. Sekiranya Allah Subhanahu Wa Ta'ala kehendaki dari makam inilah hamba diangkat ke HadratNya.

Jalan menuju perhentian aslim iaitu ke pintu gerbang makrifat secara umumnya terbahagi kepada dua. Jalan pertama dinamakan jalan orang yang mencari dan jalan kedua dinamakan jalan orang yang dicari. Orang yang mencari akan melalui jalan di mana dia kuat melakukan mujahadah, berjuang melawan godaan hawa nafsu, kuat melakukan amal ibadat dan gemar menuntut ilmu. Zahirnya sibuk melaksanakan tuntutan syariat dan batinnya memperteguhkan iman. Dipelajarinya tarekat tasauf, mengenal sifat-sifat yang tercela dan berusaha mengikiskannya daripada dirinya. Kemudian diisikan dengan sifat-sifat yang terpuji. Dipelajarinya perjalanan nafsu dan melatihkan dirinya agar nafsunya menjadi bertambah suci hingga meningkat ke tahap yang diredai Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Inilah orang yang diceritakan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan firmanNya:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

Surah Al Ankabut: 69


يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَى رَبِّكَ كَدْحاً فَمُلَاقِيهِ
Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.

Surah Al Inshiqaq: 6

Manusia yang bermujahadah pada jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan cara menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dituntut, memperbanyakkan ibadat, berzikir, menyucikan hati, maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala menunjukkan jalan dengan memberikan taufik dan hidayat sehingga terbuka kepadanya suasana berserah diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala tanpa ragu-ragu dan redha dengan lakuan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dia dibawa hampir dengan pintu gerbang makrifat dan hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja yang menentukan adakah seseorang itu akan dibawa ke HadratNya ataupun tidak, dikurniakan makrifat ataupun tidak.

Golongan manusia yang dicari menempuh jalan yang berbeza daripada golongan yang mencari. Orang yang dicari tidak cenderung untuk menuntut ilmu atau beramal dengan tekun. Dia hidup selaku orang awam tanpa kesungguhan bermujahadah. Tetapi, Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menentukan satu kedudukan kerohanian kepadanya, maka takdir akan mengheretnya sampai ke kedudukan yang telah ditentukan itu. Orang dalam golongan ini biasanya berhadapan dengan sesuatu peristiwa yang dengan serta-merta membawa perubahan kepada hidupnya. Perubahan sikap dan kelakuan berlaku secara mendadak. Kejadian yang menimpanya selalunya berbentuk ujian yang memutuskan hubungannya dengan sesuatu yang menjadi penghalang di antaranya dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Jika dia seorang Raja yang dibebani oleh pemerintahan kerajaannya yang menyebabkan dia tidak mampu mendekati Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala pasti mencabut kerajaan itu daripadanya. Terlepaslah dia daripada beban tersebut dan pada masa yang sama timbul satu keinsafan di dalam hatinya yang membuatnya menyerahkan dirinya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan sepenuh hatinya. Orang dalam golongan ini dihalang oleh takdir daripada menerima bantuan daripada makhluk sehingga mereka berputus asa terhadap makhluk. Lalu mereka kembali dengan penuh kerendahan hati kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan timbullah dalam hati mereka suasana penyerahan atau aslim yang benar-benar terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Penyerahan yang tidak mengharapkan apa-apa daripada makhluk menjadikan mereka redha dengan apa sahaja takdir dan lakuan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Suasana begini membuat mereka sampai dengan cepat ke perhentian pintu gerbang makrifat walaupun ilmu dan amal mereka masih sedikit. Orang yang berjalan dengan kenderaan bala bencana mampu sampai ke perhentian tersebut dalam masa dua bulan sedangkan orang yang mencari mungkin sampai dalam masa dua tahun.

Amal kebaikan dan ilmunya tidak mampu membawanya kepada kedudukan kerohanian yang telah ditentukan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, lalu Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan rahmatNya mengenakan ujian bala bencana yang menariknya dengan cepat kepada kedudukan berhampiran dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Oleh yang demikian tidak perlu dipersoalkan tentang amalan dan ilmu sekiranya keadaan yang demikian terjadi kepada seseorang hambaNya.


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Demi dzat yang tiada Tuhan selain Dia"
(Hadis Riwayat Muslim, 1:95)


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Susungguhnya Allah itu Dzat yang Maha Indah"
(Hadis Riwayat Muslim, 4:570)


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Pada permulaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja yang ada dan tidak ada apa pun bersamaNya"
(Hadis Riwayat al bukhari, 9:381)


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Engkaulah dzat yang mendahulukan dan dzat yang mengakhirkan, tidak ada Tuhan selain Engkau"
(Sunan at Tirmidzi, 5:342)


هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu
Surah Al Hadid: 3


Berkata Saidina Abu Bakar as Siddiq,
"Maha suci Dzat tidak mewujudkan jalan untuk mengenaliNya"
(Perkembangan Tasawwuf Islam,131)


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
HijabNya adalah Nur dan seandainya terangkat pasti keagungan dzat akan membakar makhluk yang terpandang olehNya"
(Hadis Riwayat Muslim, 1:228)


وَلَمَّا جَاء مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَن تَرَانِي وَلَـكِنِ انظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكّاً وَخَرَّ موسَى صَعِقاً فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَاْ أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ
Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau". Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman".

Surah al A'raf: 143


Sesungguhnya tiada akan sesuatu yang seumpama dengan DzatNya. Menurut ajaran usulluddin atau aqidah atau tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah di Alam Melayu terutama di Malaysia berpandukan kepada fahaman Al-Asy’ari dan Al-Maturidi, 

*Ahl (Ahlun) bererti “golongan” atau “pengikut” 
*Assunnah bererti “tabiat, perilaku, jalan hidup, perbuatan yang mengcakupi ucapan, tindakan, dan ketetapan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam”
*Wa, huruf ‘athf yang berarti “dan” atau “serta”
*Al jamaah berarti jamaah, yakni jamaah para sahabat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Maksudnya ialah perilaku atau jalan hidup para sahabat",

untuk mengenali Allah Subhanahu Wa Ta'ala ialah dengan mengenali sifat-sifatNya. Asalnya hanya 13 sifat Allah Subhanahu Wa Ta'alakemudian menjadi 20 sifat yang wajib bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang mesti kita kenali. Perlu diingat bahawa, kita tidak boleh mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala melalui dzatNya kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala itu tidak menyerupai segala sesuatu, yakni tidak menyerupai sebarang makhluk Dzat Allah Subhanahu Wa Ta'ala bukan lah benda, bukan jisim yang boleh kita lihat dan kita pegang mahupun dibayangkan, sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala,

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
"..Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia.."

Surah Ash Syura: 11


وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
"..dan tidak ada sesuatu pun yang seumpama dengan Dia"

Surah Al Ikhlas: 4


لاَّ تُدْرِكُهُ الأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ
Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui

Surah Al An'am: 103


Menurut para ulama Sufi, ketika Allah Subhanahu Wa Ta'ala mahu menciptakan akan sesuatu (e.g: manusia) maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan berfirman kepada sebahagian (sedikit) daripada DzatNya, 

بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَإِذَا قَضَى أَمْراً فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."


Surah al Baqarah: 117


Menurut Sheikh Imran Hosein, 
"Sekiranya Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja pada permulaan, maka kepada siapa Dia tujukan firman itu?
 Kalau ada sesuatu selain daripadaNya, maka pada permulaan sudah ada dua kewujudan dan dengan ini runtuhlah tauhid"
(Islam and The Changing World Order, 9)




SIFAT NAFSIAH

Sifat Nafsiah iaitu dari dzat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada dzat itu. Sifat ini dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri dzat. Menurut Jumhur Ulama’ sifat ini menunjukkan kepada dzatnya, bukan menunjukkan kepada perkara yang menumpang pada dzat.

Sifat ‘Wujud’ dikatakan Sifat Nafsiah ertinya, wujud itu bukan merupakan sifat yang menumpang atau menempel pada dzat Allah SWT akan tetapi dzat Allah Subhanahu Wa Ta'ala itu dengan sendirinya kewujudan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ataupun dzat Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan Wujud Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak dapat dipisahkan. Berbeza dengan Sifat Ma’ani seperti Ilmu, kerana sifat ini merupakan sifat yang menempel pada dzat Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ertinya sifat Ilmu itu terpisah dengan dzat Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sebab Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengetahui sesuatu dengan IlmuNya, bukan dengan dzatNya. Hanya sifat ‘wujud’ sahaja yang termasuk dalam Sifat Nafsiah. 


SIFAT SALBIAH

Salbiah maksudnya, menanggalkan, menolak ataupun menafikan. Maksud sifat Salbiah dalam hal ini iaitu menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala Umpamanya menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala seperti Baqa’ ertinya kekal. Sifat ini menafikan sifat Fana’ ataupun binasa bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


SIFAT MA'ANI

Sifat Ma’ani ialah sifat yang Maujud atau ada yang berdiri pada dzat Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang menyebabkan dzat itu bersifat dengan suatu hukum Sifat Ma’nawiyah. Umpamanya Sifat Ma’ani seperti Ilmu, sifat ini ialah sifat yang berdiri pada dzat Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ertinya Ilmu itu sifat Allah Subhanahu Wa Ta'ala bukan dzat Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Allah Subhanahu Wa Ta'ala dapat mengetahui sesuatu dengan IlmuNya bukan dengan dzatNya. Yang menyebabkan dzat itu bersifat dengan sifat suatu hukum Sifat Ma’nawiyah maksudnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala dikatakan Kaunuhu ‘Aliman (Keadaan-Nya Berilmu). Kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala mempunyai sifat Sama’ maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala dikatakan Kaunuhu Sami’an (Keadaan-Nya Mendengar).


SIFAT MA'NAWIYAH

Sifat Ma’nawiyah iaitu suatu perkara yang sabit atau yang tetap bagi dzat Allah Subhanahu Wa Ta'ala bersifat dengan Sifat Ma’ani. Di antara Sifat Ma’ani dengan Sifat Ma’nawiyah tidak terpisahkan. Misalnya keadaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala berilmu (Kaunuhu ‘Aliman – Sifat Ma’nawiyah), ini kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala mempunyai sifat Ilmu (Sifat Ma’ani). Ataupun Allah Subhanahu Wa Ta'ala dikatakan Kaunuhu Qadiran (Keadaan-Nya Berkuasa – Sifat Ma’nawiyah) kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala mempunyai sifat Qudrat (Kuasa – Sifat Ma’ani) dan bergitu seumpamanya.

Ada beberapa sebab sifat-sifat ini dinamakan dengan Sifat Ma’nawiyah iaitu, Sifat Ma’nawiyah merupakan cabang dari Sifat Ma’ani. Sesuatu yang bersifat dengan ‘Alim dan Qadir umpamanya tidak boleh bersifat dengan sifat-sifat itu melainkan setelah adanya ilmu dan qudrat baginya. Sifat Ma’ani adalah sebagai ilat atau sebagai malzum kepada Sifat Ma’nawiyah sejak Azali lagi, perhubungan antara keduanya adalah sebagai hubungan antara ilat dengan ma’lulnya.


SIFAT WAJIB ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA

1. WUJUD, yakni ADA

لَوْ كَانَ فِيهِمَآ ءَالِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا ۚ فَسُبْحٰنَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ 
Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.

Surah Al Anbiya: 22

Allah wajib memiliki sifat Wujud ertinya Allah itu wajib ada. Allah adalah sebagai dzat yang Wajibul Wujud ertinya dzat yang wajib adanya. Wujudnya Allah tidak diragukan lagi, kerana adanya Allah dapat dibuktikan dengan dalil Al-Quran dan Al-Hadith (dalil naqal) dan dapat dibuktikan dengan akal (dalil aqali) Allah tidak ada yang menjadikanNya dan tidak pula Allah menjadikan diriNya sendiri. Adanya Allah  tidak diduhului dengan tiada dan tidak diakhiiri dengan tiada. Dan mustahil Allah itu tiada. Wujudnya Allah mutlak ertinya adanya Allah itu wajib, dan mustahil jika Allah tiada ada. KewujudanNya tidak dibatasi oleh sesuatu, waktu, keadaan mahupun tempat. Wajib pada Syara’ atas tiap-tiap mukalah mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada Allah dan tidak terima ‘Adam (tidak ada). Pengakuan didalam hati dengan tentu ada sungguh Allah itulah dinamakan wajib pada ‘aqal. Dan pengakuan tentu tidak, tiada Allah itulah dinamakan mustahil.


2. QIDAM, yakni SEDIA

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْاٰخِرُ وَالظّٰهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Surah al Haddid: 3

Qidam ertinya ‘Sedia’, iaitu adanya Allah. tidak dengan permulaan dan mustahil bagi Allah kalau berpermulaan. Sebab jika Allah berpermulaan bererti ada yang menjadikan dan jika sesuatu itu ada yang menjadikan maka sudah pasti itu bukan Tuhan. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, kerana Allah Dialah yang awal dan Dialah yang akhir. Qidamnya Allah, atau Allah itu dahulu atau sedia, ertinya adanya Allah itu tidak bermula dan tidak berakhiran itu maksud tiada kesudahan bagi Allah. Adanya Allah jelas dan nyata dan menguasai atas segala yang batin atau mengetahui segala yang tersembunyi. dzatNya tidak dapat disaksikan dengan mata begitu juga akal dan hati tidak mampu untuk mengetahui tentangNya. Sifat Qidam merupakan Sifat Salbiah, iaitu menafikan atau menolak sifat yang berlawanan dengannya. Jika sudah terang dan nyata Allah bersifat Qidam ertinya tidak berpermulaan, bererti sifat Qidam itu sendiri menafikan sifat yang menjadi lawan dengannya, iaitu sifat Huduts atau baharu. Adanya Allah sudah tentu semenjak dari zaman Azali lagi iaitu sebelum segala sesuatu itu ada. Setiap insan wajib mengimani tentang kewujudan Allah itu tidak berpermulaan dan tidak pula akan berakhir. Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh Sedianya Allah dan tidak terima Huduth (baharu atau berpermulaan). Pengakuan didalam hati dengan tentu sungguh Allah bersifat Sedia itulah dinamakan dai wajib pada ‘aqal, dan pengakuan didalam hati dengan tentu tidak baharu itulah dimanakan dia mustahil pada ‘aqal.


3. BAQA’, yakni KEKAL

وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلٰهًا ءَاخَرَ ۘ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ كُلُّ شَىْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۥ ۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ 
Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nya-lah segala penentuan, dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.

Surah al Qassas: 88

Allah wajib mempunyai sifat Baqa’,ertinya kekal ataupun tidak berkesudahan, wujud Allah kekal untuk selama-lamanya, tidak ada batasan waktu ataupun masa. Orang yang beriman kepada Allah menyakini bahawa yang menciptakannya itu kekal tanpa berkesudahan, begitu juga harus dipercayai oleh setiap insan bahawasanya kehidupan makhluk akan berakhir dengan kebinasaan dan kehancuran, dan akan ia kembali kepada Allah Yang Maha Kekal. Dengan mempercayai akan Allah mempunyai sifat Baqa’, ianya akan menguatkan keyakinan tentang adanya kehidupan di akhirat, sebagai meneruskan kehidupan di atas dunia yang fana’ ini. Kerana masih ada Pencipta Yang Maha Baqa’ yang mengaturkan tentang kehidupan di akhirat kelak. Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sungguh Allah Kekal dan tidak menerima Fana’ (binasa). Pengakuan didalam hati dengan tentu sungguh Allah bersifat Baqa’ itulah dikatakan wajib pada ‘aqal, dan pengakuan tentu didalam hati akan binasa Allah itu mustahil pada ‘aqal.


4. MUKHALAFATUHU LILHAWADITH, yakni BERLAINAN SEKALI DENGAN MAKHLUK

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
"..Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia.."

Surah Ash Syura: 11

Allah bersifat Mukhalafatuhu Lilhawadith, ertinya Allah berlainan dengan sekalian makhluk. Sudah tentu mustahil bagi Allah menyerupai akan sesuatu. Sebab Allah tidak sama dengan bentuk makhluk ciptaanNya, baik makhluk yang bernyawa ataupun tidak bernyawa. Berbeza dzat Allah dengan makhluk ertinya dzatNya tidak sama dengan makhluk. Berbezanya sifat-safit Allah dengan makhluk ciptaanNya maksudnya, sifat-sifat Allah tidak sama dengan makhluk. Perbezaan dzat Allah dengan sesuatu yang baharu maksudnya bahawa dzat Allah tidak sama dengan benda lain yang diciptakanNya, yang memiliki dzat yang baharu. Berbeza sifat Allah dengan sesuatu yang baharu juga tidak sama dengan sifat segala benda selain Allah. Begitu juga dengan perbuatan Allah, tidak sama dengan perbuatan baharu atau segala benda yang ada di alam ini. Jika kita bayangkan Allah itu dengan sesuatu benda yang ada di alam ini bererti kita telah mempersekutukan Allah dengan yang lain, syirik hukumnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dalam menghayati sifat-sifat yang wajib bagi Allah ini, jangan sampai pemikiran dan minda kita dipimpin oleh syaitan, sehingga sampai pada peringkat mempersekutukan Allah. Na’zubillah! Wajib pada syara’ diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta i’tiqad dan mengaku putus didalam hati akan tentu sungguh bersalahan Allah bagi segala yang baharu dan tiada menyamaiNya (Mumathalatuhu Lilhawadith). Dan bersalahan Allah bagi segala yang baharu dan juga tidak menyamaiNya itulah dikatankan sifat Mukhalafatuhu Ta’ala Lilhawadith dan makna bersalahan itu tiga perkara:

1) Bersalahan pada dzat dengan makna dzat Allah bukannya Jirim yang bertempat walaupun dimana tempat an makhluk itu semuanya jirim yang bertempat. Kalau bergitu tidak boleh dikatakan Allah itu bertempat dimana-mana tempat, maka jika didapati didalam Al-Quran atau Hadith barang yang memberi waham menyerupai dan bertempat maka dinamakan ayat itu ayat Mutashabihat dan Hadith Mutashabihat.

2) Dan bersalahan sifa itu ialah sifat-sifat Allah itu bukan ‘Aradh yang bertangkap pada jirim dan bertempat bersama dengan jirim. Kalau bergitu. Tidak bolehlah dikatakan Allah berhajat dimana-mana hajat dan sebagainya daripada sifat-sifat yang baharu. Dan bersalahan pada perbuatan itu ialah perbuatan Allah , bukan seperti perbuatan yang baharu. Kerana perbuatan Allah menjadikan yang tiada itu ada, dan bukan pula perbuatan Allah itu daripada yang baharu.

3) Dan dalil bersalahan Allah bagi segala yang baharu dan tidak menyamai itu ialah kita fikir, jikalau Allah tidak bersalahan bagi segala yang baharu, nescaya adalah Ia menyamai dengan sesuatu yang baharu ini, maka jika menyamai dengan yang baharu tentulah Ianya baru seperti itu juga dan iaitu bathal kerana telah terdahulu bersifat Qadim dengan dalil-dalil yang nyata maka tetaplah Allah bagi segala yang baharu dan tidak menyamainya itulah pengakuan yang sebenar.


5. QIYAMUHU BINAFSIH, yakni BERDIRI DENGAN SENDIRINYA

إِنَّ اللَّهَ لَغَنِىٌّ عَنِ الْعٰلَمِينَ
sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.

Surah al Ankabut: 6

Qiyamuhu Binafsihi maksudnya berdiri dengan sendiriNya, bahawa Allah bersifat berdiri dengan sendiri bukan bergantung dengan selain dariNya. Allah tidak bergantung terhadap yang diciptakanNya, sebaliknya sesuatu yang diciptakanNya itu setiap saat selalau berhajat kepada Allah. Allah tidak berhajat dan berkehendak terhadap sesuatu yang lain, tidak memerlukan bantuan kepada makhluk-makhlukNya. Allah bersifat Qiyamuhu Binafsihi, mustahil jika Allah berhajat dan meminta pertolongan dengan alam yang akan binasa. Allah Maha Berkuasa memiliki segala apa yang ada dilangit dan bumi. Kemudian tidak sukar bagi Allah untuk mengurusi segala sesuatu yang ada di alam ini. Dia Maha Perkasa tidak pula Ia memerlukan bantuan dalam mengurusi segala ciptaanNya yang banyak itu. Wajib pada atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sungguh berdirinya Allah dengan sendirinya (Qiyamuhu Binafsihi), dan tidak berkehendak kepada yang menjadi dan tidak berkehendak kepada dzat (Muhtajun Ila Ghairih).


6. WAHDANIYAH, yakni ALLAH MAHA ESA (KE'ESA'AN)

وَإِلٰهُكُمْ إِلٰهٌ وٰحِدٌ ۖ لَّآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمٰنُ الرَّحِيمُ 
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Surah al Baqarah: 163

Wahdaniyah ertinya Allah Maha Esa, tidak berbilang-bilang jumlahnya. Esa Allah itu ialah pada dzatNya, sifatNya dan af’alNya. Allah itu Esa, maka janganlah sekali-kali kita membayangkan atau memikirkan bahawa ada tuhan yang lain selain daripada Allah. Beriman kepada ke-ESA-an Allah, memudahkan bagi kita untuk beribadah dan berharap kepada Yang Satu. Di samping kita percaya bahawa dzat Allah itu Esa, kita juga harus yakini bahawa sifat-sifat Allah itu mempunyai nilai yang tidak mengenal batas. Jika dikatakan Allah itu Maha Pemurah, maka pemurahnya Allah itu tidak mengenal batas. Jika Allah itu bersifat Maha Pengampun, maka ampunan Allah itu tidak mengenal batas. Walau betapa besar dosa dan kesalah nseseorang itu, jika Allah menghendaki keampunan-Nya, maka dosa-dosa orang tersebut akan diampuni Allah. Dan makna Esa pada dzat Allah itu ialah dzat Allah yang tidak bersusun daripada beberapa dzat yang boleh dibilangkan dengan sekurang-kurangnya bilangan dengan baharu, boleh dikerat, dibelah dan dipotong seperti bagi dzat yang baharu.

Kam-mutashil
Dzat = Berbilangan yang berhubungan dengan dzat Allah Subhanahu Wa Ta'ala
Sifat = Berbilangan yang berhubungan dengan sifat Allah Subhanahu Wa Ta'ala
Perbuatan = Berbilangan yang berhubungan dengan perbuatan Allah Subhanahu Wa Ta'ala

Kam-munfashil
Dzat = Bilangan yang berasing-asing pada dzat Allah Subhanahu Wa Ta'ala
Sifat = Bilangan yang berasing-asing pada sifat Allah Subhanahu Wa Ta'ala
Perbuatan = Bilangan yang berasing-asing pada perbuatan Allah Subhanahu Wa Ta'ala

Wajib pada atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku putus dalam hatinya akan tentu sungguh Allah itu Esa pada dzatNya, sifatNya dan af’alNya. Dan tidak Ta’addud (berbilang-bilangan).


7. QUDRAT, yakni ALLAH MAHA KUASA

إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ 
sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Surah al Baqarah: 20

Qudrat ertinya Allah Maha Berkuasa keatas segala sesuatu. Hanya Allah yang berkuasa, sedangkan selain Allah sebenarnya tidak mempunyai kekuatan dan kekuasaan. Kekuasaan Allah mutlak milikNya. Kekuasaan Allah itu bukan datangnya kemudian, tetapi sudah ada semenjak zaman Azali lagi, iaitu sebelum adanya sesuatu selain daripada Allah, dan Allah menjadikan segala sesuatu yang dikehendakiNya.  Pada sifat Qudrat, Allah Maha Kuasa mengadakan dan meniadakan sesuatu mumkin, dan bagi Qudrat itu beberapa takluq (menuntut sifat akan satu pekerjaan lain daripada menuntut di dzatNya), iaini beberapa tugas. Wajib pada syara’ diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada Tuhan Pekuasa, iaitu Allah Maha Kuasa, dan tidak sekali-kali ‘Ajzun (lemah).


8. IRADAT, yakni BERKEHENDAK

إِنَّ رَبَّكَ فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ
Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya

Suruh Hud: 107

Allah mempunyai sifat Iradat, iaitu berkehendak, maksudnya bahawa Allah dalam menciptakan segala sesuatu berpedoman kepada kehendakNya. Begitulah alam semesta ini terjadi, kerana Kudrat dan Iradat Allah, diatas Kekuasaan dan Kehendak Allah dan tidak ada batasannya dan tidak dapat dilukiskan melalui fikiran manusia tentang keinginan Allah. Dan Iradat itu ialah satu sifat yang sedia kala pada dzat Allah. Dengan sifat Iradat, Allah mengkehendaki dan menentukan mumkin dengan setengah-setengah barang yang harus atas mumkin. Wajib pada syara; atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh didalam hatinya ada Allah itu bersifat Iradat, dan tidak menerima Karahah (terpaksa).


9. ILMU, yakni ALLAH MAHA MENGETAHUI

وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 
Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Surah Haddid: 3

Allah bersifat ilmu, ertinya bahawa Allah Maha Mengetaui. Allah memiliki pengetahuan dan mengetahui akan segala sesuatu, yang sudah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku, baik di langit, dibumi mahupun yang diantaranya, dan segala sesuatu yang diciptakanNya. Dan Ilmu itu ialah sifat yang ada ia di dzat Allah, yang nyata segala perkara yang wajib dan yang mustahil dan yang harus itu dengan Ilmu yakni dengan pengetahuan tidak jahil. Dan makna mengetahui akan segala perkara yang wajib itu mengetahui dengan sungguhnya dan mengetahuisegala yang mustahil itu mengetahui dengan tidaknya, dan mengetahui perkara yang harus itu mengetahui akan ada atau tiada atau akan tiadanya. Wajib atas syara’ atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sungguh ada di dzat Allah itu Ilmu, dan tidak menerima akan Allah itu Jahlun (jahil).


10. HAYAT, yakni HIDUP

وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَىِّ الَّذِى لَا يَمُوتُ
Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup (kekal), yang tidak mati

Surah al Furqan: 58

Allah wajib mempunyai sifat Hayat iaitu hidup, dan mustahil bagiNya mempunyai sifat binasa yang sama dengan makhluk. Sifat hidup Allah ini tidak sama sebagaimana dengan kehidupan alam, seperti manusia, malaikat haiwan dan makhluk-makhluk yang lainnya. Allah hidup tidak berhajat terhadap sesuatu, seperti pada makhluk yang menghajatkan dan memerlukan nyawa, nafas, makan dan minum. Kehidupan makhluk merupakan hasil daripada pemberian Allah, maka pada saat yang dikehendakNya, kehidupan makhluk itu dapat berakhir. Wajib diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh didalam hatinya Allah  mempunyai sifat Hayat, satu sifat yang ada pada dzat Allah dan dengan sifat Hayat ini Allah hidup, dan tidak akan menerima akan Maut.


11. SAMA', yakni ALLAH MAHA MENDENGAR

قَالَ لَا تَخَافَا ۖ إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَىٰ
Janganlah kamu berdua risaukan, sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat

Surah Ta-Ha: 46

Sama’ ertinya Mendengar dan Allah bersifat Sama’ bahawa Allah Maha Mendengar segala sesuatu yang diperkatakan oleh makhluk-makhlukNya. Allah Maha Mendengar baik yang kuat mahupun perkara yang dibisikkan oleh makhlukNya. Walaupun begitu pendengaran yang ada pada Allah tidak berhajat pada sesuatu yang ada pada makhlukNya. Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh pada hatinya akan sifat Sama’ ini yang ada pada Allah, dan tidak sekali-kali Allah menerima sifat Shomam (tuli).


12. BASHAR, yakni ALLAH MAHA MELIHAT

وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ 
Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

Surah al Baqarah: 265

Allah bersifat Basyar ertinya bahawa Allah Maha Melihat apa sahaja yang ada di alam ini. Allah dapat melihat segala gerak geri makhlukNya. Namun Penglihatan Allah itu tidaklah sama dengan penglihatan makhluk ciptaanNya. Allah tidak berhajat seperti makhlukNya untuk melihat. Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada pada Allah itu sifat Basyar, dan iaitu satu sifat yang ada di dzat Allah. Tidak Allah sekali-kali menerima akan sifat ‘Umyun (buta).


13. KALAM, yakni ALLAH BERKATA-KATA

وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا
Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).

Surah An Nisa: 164

Allah mempunyai sifat Kalam atau berkata-kata, dan mustahil bagi Allah Yang Maha Agung itu bersifat berlawanan dengan sifat Kalam. Walaubagaimanapun Kalam Allah tidak seperti yang dihajatkan oleh makhlukNya. Kalam Allah itu dinamakan Wahyu yang diberikan kepada makhlukNya sebagai mendatangkan kebenaranNya. Wajib diatas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh pada hatinya akan Allah mempunyai sifat Kalam. Iaitu satu sifat yang sedia kala di dzat Allah. Dengan adanya sifat inilah Allah tidak akan sekali-kali menerima sifat Bukmun (bisu)


14. KAUNUHU QADIRAN
Allah tetap selalu dalam keadaan berkuasa mengadakan dan menidakkan  


إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ 
sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Surah al Baqarah: 20


15. KAUNUHU MURIDAN
Allah tetap dalam keadaan Menghendaki

إِنَّ رَبَّكَ فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ
Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya

Suruh Hud: 107


16. KAUNUHU ALIMAN
Allah tetap dalam keadaan Mengetahui

وَاللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌۢ 
Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu

Surah An Nisa: 176


17. KAUNUHU HAYYAN
Allah tetap dalam keadaan Hidup

وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَىِّ الَّذِى لَا يَمُوتُ
Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup (kekal), yang tidak mati

Surah al Furqan: 58


18. KAUNUHU SAMI’AN
Allah tetap dalam keadaan Mendengar

وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Surah al Baqarah: 256


19. KAUNUHU BASIRAN
Allah tetap dalam keadaan Melihat

إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَاللَّهُ بَصِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ
Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Surah al Hujurat: 18


20. KAUNUHU MUTAKALLIMAN
Allah tetap dalam keadaan Berkata-kata

وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا
Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).

Surah An Nisa: 164




Dari Malik bin Al Huwairith, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

"Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku solat"
(Hadis Riwayat Al Bukhari)


Solat adalah merupakan perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang paling utama, oleh sebab itu perintah solat disampaikan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam secara langsung tidak melalui perantaraan iaitu tatkala Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sedang melaksanakan Israk dan Makraj, perintah solat berbeza dengan perintah yang lain. Solat adalah bererti doa atau permohonan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, solat menurut istilah adalah perbuatan ibadah yang merupakan ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam.

 Dari Aly’, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

“Anak kunci dari solat ialah suci, pembukanya ialah takbir dan penutupnya adalah salam”
(Hadis Riwayat As Syafie, Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Solat dalam agama Islam adalah menepati kedudukan yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana amal ibadat. Ia merupakan tiang agama, di mana ia (agama) tidak akan dapat tegak melainkan dengan solat. Kedudukan solat begitu penting kepada umat Islam berdasarkan kepada hadis-hadis ini,


Dari Muaz Bin Jabal, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

"Adakah kamu mahu aku khabarkan tentang kepala, tiang dan menara kepada semua perkara?"

Aku (Muaz) menjawab, 
"Sudah tentu ya Rasulullah"

Lalu Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berkata,
"Kepala semua perkara adalah Islam, Tiangnya adalah Solat dan Menaranya adalah Jihad"
(Hadis Riwayat at Tirmidzi)


Dari Jabir r.a, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

"Anak kunci syurga ialah solat"
(Hadis Riwayat Ahmad)


Allah Subhanahu Wa Ta'ala menyuruh manusia mentaati suruhanNya yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada 5 perkara iaitu : 

1- Mengucap dua kalimah syahadah
2- Menunaikan solat fardu lima waktu
3- Berpuasa pada bulan Ramadan
4- Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
5- Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu


Dari Umar r.a berkata: Saat kami duduk dekat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di suatu hari maka tiba-tiba nampaklah oleh kami seorang lelaki memakai pakaian sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak terlihat padanya bekas (tanda-tanda) dalam perjalanan dan tidak seorang pun di antara kami yang mengenalnya maka duduklah ia dihadapan Nabi s.a.w lalu menyandarkan lututnya pada lutut Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam lalu meletakkan tangannya di atas peha Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kemudian ia berkata:

Hai Muhammad, beritahukanlah padaku tentang Islam! 

Maka jawab Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam: 
Islam iaitu engkau bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah, menegakkan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan Haji ke Baitullah (Mekah) jika engkau kuasa menjalaninya. 

Berkata orang itu: 
Benar. 

Kami hairan, ia bertanya dan ia pula yang membenarkannya.

Maka bertanya lagi orang itu: 
Beritahukanlah padaku tentang Iman. 

Jawab Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
Engkau beriman kepada Allah dan MalaikatNya, kepada Kitab-kitabNya, kepada Rasul-rasulNya, kepada hari Kiamat dan beriman kepada Qadar baik dan yang buruk. 

Berkatalah orang itu: 
Benar.

Bertanya lagi orang itu: 
Maka beritahukanlah padaku tentang Ihsan. 

Jawab Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
Engkau beribadah (mengabdi) kepada Allah seakan-akan engkau melihat kepadaNya, sekalipun engkau tidak dapat melihatNya maka sesungguhnya ia melihat engkau.

Tanya orang itu lagi: 
Beritahukanlah aku tentang hari Qiamat. 

Jawab Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
Orang yang ditanya tidak lebih tahu dari si penanya. 

Tanya orang itu lagi: 
Beritahukanlah aku tentang tanda-tandanya. 

Jawab Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
Diantaranya jika seorang hamba telah melahirkan majikannya dan jika engkau melihat orang yang tadinya miskin papa, berbaju compang-camping, sebagai penggembala kambing sudah berkemampuan, berlumba-lumba dalam kemegahan bangunan.

Kemudian pergilah orang tadi. Aku diam tenang sejenak kemudian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berkata: 
Wahai Umar tahukah engkau siapa yang bertanya tadi? 

Jawabku: 
Allah dan RasulNya lebih mengetahui. 

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berkata: 
Dia itu Jibril datang kepada kalian mengajarkan tentang agama kalian.
(Hadis Riwayat Muslim)



قُل لِّعِبَادِيَ الَّذِينَ آمَنُواْ يُقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَيُنفِقُواْ مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرّاً وَعَلانِيَةً مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لاَّ بَيْعٌ فِيهِ وَلاَ خِلاَلٌ 
Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: Hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari kiamat yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan

Surah Ibrahim: 31


Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, RNabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam keluar dari rumahnya. Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda :

“Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini"
(Hadis Riwayat Ahmad)



Dari Abi Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 

"Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar"
(Hadis Riwayat Muslim)



WUDHU





Mengenai wuduk pula (perkataan "wuduk" tidak disebut di dalam al Quran), hanya empat bahagian anggota badan yang terlibat, iaitu muka, tangan, kepala, dan kaki. Ini dijelaskan dengan ayat yang berikut:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَينِ وَإِن كُنتُمْ جُنُباً فَاطَّهَّرُواْ وَإِن كُنتُم مَّرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاء أَحَدٌ مَّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لاَمَسْتُمُ النِّسَاء فَلَمْ تَجِدُواْ مَاء فَتَيَمَّمُواْ صَعِيداً طَيِّباً فَامْسَحُواْ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ مَا يُرِيدُ اللّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَـكِن يُرِيدُ لِيُطَهَّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. 

Surah Al Maidah: 6




KIBLAT

Kiblat menurut al-Quran adalah menghadap Masjidil Haram di Mekkah, yang di tengahnya terletak Kaaba. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri telah mencari-carinya dahulu lalu Allah Subhanahu Wa Ta'ala menunjukkan kepada Baginda melalui ayat yang berikut:


قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاء فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّواْ وُجُوِهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan

Surah Al Baqarah: 144



PAKAIAN




Pakaian untuk solat adalah yang baik atau cantik kerana ketika itu umat berhadapan serta berkomunikasi dengan Penciptanya. Malahan, Allah telah menyuruh mengambil perhiasan di setiap masjid, yang bermaksud tempat sujud. Dan sujud dilakukan juga dalam solat. Firman-Nya, 

يَا بَنِي آدَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ 
"Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid" 

Surah al A'raf: 31


BERKOMUNIKASI


Solat adalah suatu cara istimewa dalam interaksi dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana ia dimulakan dengan membersihkan bahagian-bahagian anggota badan yang tertentu. Satu daripada tujuan umat berkomunikasi dengan-Nya adalah untuk memohon pertolongan. Firman-Nya:


وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ 
"Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat...." 

Surah Al Baqarah: 45

Mohonlah kepada-Nya. Sebaik-baik permohonan adalah menurut apa yang diajar-Nya di dalam al-Qur’an. Solat bukan sahaja masa untuk memohon pertolongan tetapi juga suatu masa untuk mengingati-Nya. Ini dijelaskan dengan sebuah ayat lain berbunyi


SUARA

Nada suara dalam solat tidaklah terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah tetapi di pertengahan, dan ini adalah untuk semua solat. Firman-Nya:


وَلاَ تَجْهَرْ بِصَلاَتِكَ وَلاَ تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلاً 
"Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu." 

Surah Al Israa': 110


SERU

Solat dimulakan dengan menyeru Nama-Nya, seperti Allah, atau Ar-Rahman (Yang Pemurah) atau mana-mana nama-Nya yang indah yang diajar di dalam al-Qur’an (nama Allahu Akbar tiada di dalamnya). Firman Allah:


قُلِ ادْعُواْ اللّهَ أَوِ ادْعُواْ الرَّحْمَـنَ أَيّاً مَّا تَدْعُواْ فَلَهُ الأَسْمَاء الْحُسْنَى 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia"

Surah Al Israa': 110


Ayat yang menyusulinya menetapkan apa yang harus diucap selepas seruan itu, iaitu:


وَقُلِ الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَداً وَلَم يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلَّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيراً 
Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"

Surah Al Israa': 111


Solat adalah satu latihan pembinaan kendiri untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai membuktikan nilai kehambaan yang bersyukur dengan segala nikmat dan kurnia Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada kita. Sekiranya solat dijaga, pembinaan potensi insani menjadi lebih berkesan dan berarah, inshaAllah..

Sebenarnya, bagi makhluk bergelar manusia, potensi yang ada pada diri kita ialah akal, jasad dan roh. Peningkatan akal dan jasad memerlukan latihan dan bimbingan tertentu, maka untuk peningkatan roh atau hati insan itu, adalah lebih rumit daripada bahagian-bahagian diri yang lain. Oleh itu, untuk meningkatkan roh dan hati, maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah mewajibkan solat 5 waktu sehari semalam yang jika diperhatikan ianya mirip kepada latihan intensif yang komprenhensif dan bersepadu menginjak pada gerakan yang sama supaya tahap penghayatan optimum dapat dikecapi seterusnya memahami hakitat penciptaan kita sebagai makhluk bertaraf Hamba hanyalah untuk beribadat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Sang Pencipta Setiap Sesuatu. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman yang membawa maksud:


يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

Surah Al Baqarah: 21


Solat 5 waktu yang difardhukan kepada setiap individu yang bergelar umat Islam mempunyai sejarahnya yang sendiri..

Solat Subuh
Orang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersolat 2 rakaat.

Rakaat pertama : Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam
Rakaat kedua : Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma


Solat Zohor
Orang pertama mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s. 4 rakaat.

Rakaat pertama : Bersyukur bagi penebusan
Rakaat kedua : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
Rakaat ketiga : Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala
Rakaat keempat : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


Solat Asar
Orang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s. di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s. lalu bersolat 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan Nun


Solat Maghrib
Orang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s. lalu bersolat 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang Maha Esa
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan keji
Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.


Solat Isyak
Orang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah Subhanahu Wa Ta'ala lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu solatlah Nabi Musa a.s. 4 rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : Dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun a.s.
Rakaat ketiga : Dukacita terhadap Firaun
Rakaat keempat : Dukacita terhadap anak Firaun


قُلْ أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ وَأَقِيمُواْ وُجُوهَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ كَمَا بَدَأَكُمْ تَعُودُونَ
Katakanlah: “Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikaian pula) kamu akan kembali (kepadaaNya) 

Surah Al-A’raf: 29



Di dalam untuk meraih kekusyukan dan sempurna di dalam menunaikan solat, tidak lah sekadar hanya apa yang dibaca apa yang tertulis di atas, kerana ada perkara yang perlu dititik beratkan seperti soal rukun solat, adab dan tertib ketika di dalam solat. Rukun solat itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu,

i-Rukun Qolbi: 
adalah Nawaitu dan Hakikat kita mendirikan solat itu sendiri

ii-Rukun Qouli: 
adalah bacaan kita ketika dalam solat, tidak hanya sekadar bacaan harus memahami akan maksudnya

iii-Rukun Fi’li: 
adalah perbuatan atau geraklaku kita di dalam solat




Rukun Solat Mengikut Cara Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

1 - NIAT

Iaitu gerak hati untuk melakukan sesuatu dengan disertakan perbuatan dan ianya bukan dilakukan atas desakan atau paksaan. Lafaz dengan menggunakan lidah dapat membantu hati untuk lebih menumpukan perhatian dan lebih khusyu' melaksanakan solat.

i- Mazhab Shafi'e
Niat tempatnya di hati yang dilafazkan sebelum takbiratul ihram yang hukumnya adalah sunat.

ii- Mazhab Hanbali
Niat tempatnya di hati adalah wajib dan di lidah adalah sunat.

iii- Mazhab Maliki
Hukum melafazkan niat bagi orang yang tidak was-was adalah Khilaf Aula, tetapi sunat bagi yang was-was.

iv- Mazhab Hanafi
Melafazkan niat adalah bid'ah Masnunah (sunat) dan dipandang baik untuk menolak was-was.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman,


وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.

Surah Al Bayyinah: 5

Dari Saidina Umar r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
“Segala amalan itu menurut niat dan bagi tiap-tiap manusia apa yang dia niatkan”
(Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim)


Dari Saidina Umar r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Sesungguhnya amal-amal itu dimulakan dengan niat, dan sesungguhnyauntuk setiap seseorang pahalanya berdasarkan apa yang dia niatkan"
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan al Bukhari)

Berikut ialah niat dalam setiap solat fardhu yang diwajibkan keatas setiap individu yang beragama Islam

Solat Zohor
اصلي فرض الظهري أربع ركعات أداء لله تعالي
Usalli fardhal zuhri arba'a raka'atin adaan lilahi taala
"Sahaja aku solat fardhu Zohor 4 rakaat tunai kerana Allah Taala"


Solat Asar
اصلي فرض العصر أربع ركعات أداء لله تعالي
Usalli fardhal asri arba'a raka'atin adaan lilahi taala
"Sahaja aku solat fardhu Asar 4 rakaat tunai kerana Allah Taala"


Solat Maghrib
اصلي فرض المغرب ثلاث ركعات أداء لله تعالي
Usalli fardhal maghribi thalatha raka'atin adaan lilahi taala
"Sahaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat tunai kerana Allah Taala"


Solat Isyak
اصلي فرض العشاء أربع ركعات أداء لله تعالي
Usalli fardhal isyai arba'a raka'atin adaan lilahi taala
"Sahaja aku solat fardhu Isyak 4 rakaat tunai kerana Allah Taala"


Solat Subuh
اصلي فرض الصبح ركعتين أداء لله تعالي
Usalli fardhus subhi rak'ataini adaan lilahi taala
"Sahaja aku solat fardhu Subuh 2 rakaat tunai kerana Allah Taala"




2- BERDIRI BETUL / QIYAM

Ia membawa maksud berdiri dengan tegak dalam setiap solat dengan badan dihadapkan ke arah kiblat bagi yang boleh berdiri dan tiada keuzuran dengan cara meluruskan tulang belakangnya walaupun bersandar seperti tembok. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman yang bermaksud:


حَافِظُواْ عَلَى الصَّلَوَاتِ والصَّلاَةِ الْوُسْطَى وَقُومُواْ لِلّهِ قَانِتِينَ
Peliharalah semua solat(mu), dan (peliharalah) solat wusthaa, Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyu'.

Surah Al Baqarah: 238

Dari Imran ibn Husain r.a. berkata: “Aku berpenyakit buasir, maka aku bertanya kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tentang keadaan solat, lalu Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berkata:

"Bersolatlah dengan berdiri. Jika engkau tidak sanggup berdiri, maka kerjakanlah dalam keadaan duduk, maka kerjakanlah sambil berbaring di atas rusuk(sisi)”
(Hadis Riwayat Al Bukhari)



3- TAKBIRATUL IHRAM

Dari Aly’ , Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Anak kunci dari solat ialah suci, pembukanya ialah takbir dan penutupnya adalah salam.”
(Hadis Riwayat As Syafie, Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan At Tirmidzi)

Dari Abu Humaid ra.,“Adalah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam apabila telah berdiri untuk bersolat, beliau berdiri lurus dan mengangkat tangannya, kemudian mengucapkan Allahu Akbar.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)




4- MEMBACA SURAH AL FATIHAH

Surah al Fatihah dibaca pada tiap-tiap rakaat solat fardu dan sunat.

Dari Ubadah ibn Samit, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

“Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Al Fatihah di dalamnya.”
(Hadis Riwayat Al Jamaah)


Dari Rifa’ah ibn Rafi’ menerangkan, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mengajarkan solat kepada seorang lelaki. Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berkata:

"Jika ada sesuatu surah dari Al Quran bersama engkau, maka bacalah dia. Jika tidak ada, pujilah Allah Subhanahu Wa Ta'ala, besarkanlah Dia (bacalah takbir,bacalah tahlil), kemudian rukuklah.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi (menghasankannya), An Nasa’i dan al Baihaqi)



5- RUKUK

Rukuk hendaklah disertai dengan tuma’ninah (berhenti sejenak) sambil membaca,




6- IKTIDAL

Iktidal hendaklah disertai dengan tama’ninah-berhenti sejenak.




7- SUJUD

Sujud dua kali hendaklah disertai dengan tuma’ninah.




8- DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Duduk antara dua sujud adalah perlakuan yang memisahkan antara dua kali sujud.




9- DUDUK TAHIYAT AWAL

Duduk tasyahhud dan membaca tasyahhud di dalamnya.



10- MEMBACA TAHIYAT AKHIR
Tahiyat akhir dibaca ketika duduk tasyahhud akhir dan disambung dengan selawat.

11- SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW
Selawat kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mengikuti bacaan tahiyat akhir, sebelum salam.



12- MEMBERI SALAM
Dari Aly’, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallambersabda,

“Anak kunci dari solat ialah suci, pembukanya ialah takbir dan penutupnya adalah salam.”
(Hadis Riwayat As Syafie, Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan At Tirmidzi)



13- TERTIB
Melaksanakan segala rukun-rukun solat satu demi satu dengan susunan yang telah ditetapkan. Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

“Solatlah bagaiman kamu lihat aku solat"
(Hadis Riwayat Bukhari)



فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاَةَ فَاذْكُرُواْ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَّوْقُوتاً
Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenang, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman

Surah An Nissa: 103


semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita, dalam segala hal, Allahu a'lam.. insha Allah akan dikemaskini lagi..