Muslim Village

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

كِتَابٌ أُنزِلَ إِلَيْكَ فَلاَ يَكُن فِي صَدْرِكَ حَرَجٌ مِّنْهُ لِتُنذِرَ بِهِ وَذِكْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ
Ini adalah sebuah kitab yang diturunkan kepadamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dadamu kerananya, supaya kamu memberi peringatan dengan kitab itu (kepada orang kafir), dan menjadi pelajaran bagi orang-orang yang beriman.

Surah Al Araaf : 2


اتَّبِعُواْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ وَلاَ تَتَّبِعُواْ مِن دُونِهِ أَوْلِيَاء قَلِيلاً مَّا تَذَكَّرُونَ
Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya).

Surah Al Araaf : 3


إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَداً 

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".

Surah Al Kahf: 10



 Bumi Langit Institute






وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللّهِ يَجِدْ فِي الأَرْضِ مُرَاغَماً كَثِيراً وَسَعَةً وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِراً إِلَى اللّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلى اللّهِ وَكَانَ اللّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Surah An Nisaa: 100



Projek ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah perkampungan Islam ‘sebenar’ atau boleh dikenali sebagai ‘Darul Islam’ yang berpandukan al Quran dan as Sunnah sepenuhnya. Gaya hidup Islam diamalkan dalam setiap aspek kehidupan masyarakat kampung ini iaitu meliputi aspek politik, ekonomi (dinar dan dirham) dan sosial tanpa ada perbezaan status, pangkat, kaum, mazhab, kaya, miskin, tua, muda dan sebagainya, dan kami memohon bantuan dan bimbingan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam usaha ini yang berkemingkinan permulaan kepada kebangkitan Khilafah melalui kaedah 'micro' khalifah..


“Cabaran umat Islam hari ini lebih terang dan jelas. Ia adalah seperti permulaan perkembangan Islam dalam keadaan asing, sepertimana penghijrahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dari Makkah ke Madinah. Oleh yang demikian, umat Islam akan kembali merealisasikan penubuhan Dar al-Islam...”

-Sheikh Imran N. Hosein-




1.TERAS
1.1 - Ada beberapa kriteria yang seringkali disebut SIH bila menyarankan tentang Muslim Village

a.Satu Jamaah Satu Amir
b.Membentuk satu masyarakat mikro atau mikro Dar al-Islam
c.Sistem berkehidupan berteraskan Al Quran dan Hadith (Sunnah)
d.Menghidupkan kembali pasar (struktur ekonomi) berteraskan dinar dan dirham.
e.Bebas dari fassad


1.2 - Niat
Penghirahan ke MV ini wajib berniatkan untuk memelihara Iman dan Tauhid dari segala pengaruh Syirq dan Riba yang menyelubungi masyarakat masakini lantas mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif berlandaskan Al Quran dan Hadith (juga ijmak ulama sebagai disiplin ASWJ)


1.3 - Dalil

وَإِذِ اعْتَزَلْتُمُوهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ إِلَّا اللَّهَ فَأْوُوا إِلَى الْكَهْفِ يَنشُرْ لَكُمْ رَبُّكُم مِّن رَّحمته ويُهَيِّئْ لَكُم مِّنْ أَمْرِكُم مِّرْفَقاً

Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, nescaya Tuhanmu akan melimpahkan sebagian rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusan kamu.

(Surah al Kahf: 16)

Penghijrahan ini adalah mengambil iktibar dari peristiwa Ashabul Kahfi yang mana mereka melarikan diri dari satu masyarakat yang syirq dan korup.


1.4 - Tujuan
a. Dengan situasi masakini, dimana sistem kewangan, perbankan, ekonomi, perundangan dan sosio politik kita didirikan atas landasan yang dibina oleh ad Dajjal dan Ya'juj dan Ma'juj, MV adalah suatu cara terbaik untuk keluar dari sistem tersebut.

b.Mewujudkan satu komuniti / masyarakat yang kecil yang berusaha kearah menegakkan Kalimah Syahadah dengan paksi Islam, Iman dan al Ihsan.

c.Mewujudkan satu situasi yang merdeka (independence) dengan kebergantungan keperluan jasmaniah yang minimal dari luar.


1.5 - Perjuangan
Sebagai respon dari Ilmu Akhir Zaman, ramai individu dan organisasi berjuang dengan cara mereka sendiri diatas platform tertentu. Sama ada menggunakan kepakaran mereka dalam bidang-bidang tertentu seperti media elektronik, penulisan, dinar dirham, media sosial, berdakwah, mengelola ceramah dan event dan berbagai lagi, semoga usaha ini (MV) adalah simpulan akhir dalam respon terhadap akhir zaman.


Ia adalah wajib bagi mana-mana orang Islam berusaha untuk menegakkan agama Islam di bumi, walaupun hanya di rumah sendiri. Tetapi, dengan keadaan dunia hari ini boleh dikatakan ia satu persoalan besar untuk menubuhkan "Darul Islam”. Jawapannya sudah pasti dengan 'Tidak' sekiranya ia dilakukan secara makro kerana kuasa sekular memegang dunia bersama-sama beberapa watak pemusnah ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Walau bagaimanapun, ia mungkin boleh dilakukan secara mikro, insha Allah.

Menurut hadis sahih, seseorang yang menghidupkan Sunnah pada satu-satu masa yang mana ketika itu Sunnah telah dimusnahkan, maka ia mendapat ganjaran 100 kali Syahid! Malangnya, kehidupan dunia moden kini adalah jauh daripada mengikut Sunnah dan keseluruhan sistem kehidupan kita mengikut arus peredaran zaman yang semakin tidak bertuhan menuju kehancuran. Sunnah tidak boleh hidup bersendirian, ia memerlukan kepada Jemaah! Tetapi dimanakah sekiranya seseorang ingin mencari kenikmatan Islam yang sebenar? Dimanakah seseorang boleh mencari erti persaudaraan yang sebenar dan kenikmatan bekerjasama untuk satu matlamat iaitu mencari dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala?


Apa-apa perbuatan dalam kehidupan ini termasuk lah dakwah, harus mengikuti contoh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, jadi sebenarnya, projek ini bukan suatu konsep baru dicipta, tetapi ia adalah terjemahan prinsip dahulu ke dalam konteks yang baru atau dunia kini.

Plan & Kawasan Perkampungan Islam di Sulawesi, Indonesia


Plot 8 (± 1000 m2): 10 Dinar Islam
Plot 9 (± 800 m2): 07 Dinar Islam
Plot 10 (± 2000 m2): 13 Dinar Islam
Plot 11 (± 1000 m2): 10 Dinar Islam
Plot 12 (± 1000 m2): 12 Dinar Islam
Plot 13 ​​(± 1000 m2): 12 Dinar Islam 


Rumah Keluarga Habib dan Latifah



Rumah Keluarga Muhd Hosein dan Arifa


Sejelasnya projek ini adalah hasil daripada tafsiran surah al Kahf (18) dan beberapa surah berkaitan mengenai beberapa orang pemuda 'Ashabul Kahfi' yang beriman yang hidup pada masa Raja Diqyanus Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim lagi kufur. Demi menjaga ketetapan iman kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, mereka melarikan diri keluar dari kota, sehingga dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh akibat tidak tunduk kepada kemahuan raja tersebut. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dijadikan sebagai tempat persembunyian.



secara ringkasnya terdapat sebilangan umat Islam di beberapa buah negara yang sedar akan hakikat fitnah akhir zaman dan sedang giat berusaha mewujudkan dan menjayakan projek ini antaranya di Malaysia, Indonesia, Afrika Selatan, Bangladesh, USA, Maghribi, Mesir, Pakistan, Bosnia, India, Canada dan Trinadad and Tobago. Kini di Malaysia, inshaAllah projek yang ke-3 sedang giat diusahakan setelah projek di Kuala Krai, Kelantan dan Grik, Perak telah terlaksana, alhamdulilah..Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala..sekiranya ada yang benar-benar berminat untuk berhijrah demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala, demi menjaga Iman dan Taqwa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala bukannya menjaga kebaikan dan kenikmatan kepada dunia, dan anda mahu maklumat lanjut mengenai perancangan, kehidupan harian dan lain-lain lagi berkaitan kampung Muslim di Malaysia, sila hubungi fitrahfarm@islamiceschatology.com.my





semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melindungi dan mempermudahkan segala urusan semua pihak yang terlibat melaksanakan projek ini sama ada di Malaysia atau pun di mana jua di muka bumi Allah Subhanahu Wa Ta'ala ini..