al-Malhama

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

قَدْ كَانَ لَكُمْ آيَةٌ فِي فِئَتَيْنِ الْتَقَتَا فِئَةٌ تُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَأُخْرَى كَافِرَةٌ يَرَوْنَهُم مِّثْلَيْهِمْ رَأْيَ الْعَيْنِ وَاللّهُ يُؤَيِّدُ بِنَصْرِهِ مَن يَشَاءُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لَّأُوْلِي الأَبْصَارِ

Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.

Surah Ali'Imran: 13

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh

Surah As Saff: 4












Al Malhamah Al Kubra atau Armageddon adalah satu peristiwa besar yang akan terjadi nanti iaitu peperangan yang paling besar dan dahsyat dalam sejarah ketamadunan manusia sejak dari Nabi Adam a.s. sehingga umat penghujung akhir zaman di muka bumi ini. Peperangan yang melibatkan isu politik (kuasa besar dunia) dan isu agama samawi (Nasrani, Yahudi dan Islam) dimulai dengan persahabatan atau perjanjian aman tetapi ia sebenarnya adalah ‘PALSU’ dan tipu helah (bagi Islam yang melihat dengan ‘Mata Hati’) sehingga semua penduduk dunia menyangka dan menyatakan bahawa kita akan hidup aman damai dengan termeterinya beberapa perjanjian damai yang pada hakikatnya selepas itu kita (Ahlul Sunnah wal Jamaah) akan dicabuli oleh musuh-musuh yang benci terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Armageddon :
Perkataan ini yang bersal dari Ibrani (Hebrew) dan terdiri daripada dua perkataan, iaitu :

Ar : 
yang membawa maksud sebuah gunung atau bukit

Mageddo atau Megiddo : 
nama dari sebuah lembah di Palestin yang mana lembah ini merupakan sebuah medan pertempuran yang akan tercetusnya perang ini. Ia membentang dari dataran Mageddo di utara sampai ke Edom di Selatan yang jaraknya sekitar 200 batu sampai ke Laut Putih (Tengah) di bahagian Barat dan Bukit Mohab di Timur yang jaraknya 100 batu .

Para ahli peperangan berpendapat bahawa kawasan ini merupakan tempat yang strategik, setiap panglima tentera dan angkatan yang dapat menguasai tempat ini akan dapat mematahkan setiap serangan yang datang. Perkataan Armageddon bukanlah sebuah perkataan yang asing dikalangan para ahli kitab yang membaca dan mengamalkan kitab Taurat, Zabur, Injil yang lama berasal dari penulisan Ibrani dan disebut juga di dalam kitab tersebut mengenai akan berlakunya peperangan hebat ini. Ahli kitab ini adalah golongan Yahudi dan Nasrani yang beramal dengan kitab asal.

Hancurnya bangsa Yahudi adalah satu tanda dari datangnya hari qiamat. Hal ini ditandai dengan berkecamuknya perang besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk Zionist Israel dan akan diakhiri oleh pertempuran dahsyat yang dikenal sebagai Armageddon, dimana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo/Mageddon, Palestin. Disebutkan dalam Kitab Yahya (John The Baptist) (89/13), bahawa sebagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan:”Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel menjadi kubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”. Kerana peristiwa ini akan terjadi di lembah Megiddo, Palestin, yang sekarang menjadi wilayah jajahan Israel (Yahudi & Nasrani Zionist) maka merekalah orang pertama yang akan merasakan panasnya nyalaan api peperangan. Dalam teks Kitab Injil ada mengatakan “Roh-roh syaitan akan mengumpulkan pasukan dari seluruh dunia di Armageddon”.


Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan dan terakhir dengan menggunakan seluruh kekuatan dari pelbagai aspek peralatan senjata moden yang canggih. Kemungkinan perang ini adalah Perang Dunia ke-3, (Perang Nuklear berdasarkan kepada ramalan beberapa pakar termasuklah Sheikh Imran N. Hosein). Menurut kajian dan pendapat Sheikh Hamza Yusuf, keadaan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti zaman pertengahan kesemua teknologi yang kita miliki sekarang ini akan musnah dan berlaku perubahan yang amat ketara dalam sistem kehidupan manusia, siri peperangan seterusnya (Perang Dunia ke-4), bala tentera akan hanya menunggang kuda bersertakan pedang, panah, lembing dan alatan senjata lama.

"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang ke empat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah." 
- Louis Lord Mountbatten -

"Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia III akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia IV akan diperjuangkan dengan kayu dan batu."
- Albert Einstein -


Pendapat para ahli kitab tentang Perang Armageddon:

1. Dalam kitab Wahyu (Revealition) pasal 16 ayat 16 dikatakan,
“Dan roh-roh syaitan akan mengumpulkan sekalian tentara di dunia di sebuah tempat bernama Armageddon” 
(Injil, hal. 388, penerbit Daar Ats Tsaqafah, Mesir)

2. Ronald Reagen pernah berkata,
“Sesungguhnya generasi ini tepatnya adalah generasi yang akan melihat Perang Armageddon.”
(Kitab Ramalan dan Politik)

3. Segala sesuatu pasti akan berakhir dalam beberapa tahun, dimana akan terjadi Perang Dunia yang paling besar, iaitu Perang Armageddon atau perang di dataran Mageddo.
(“Kitab Drama Berakhirnya Zaman” oleh Oral Robertus dan “Kitab Akhir Dunia Yang Paling Besar” oleh Hall Lindus, mereka mempercayai tahun 2000 adalah berakhirnya dunia)

4. Jimmy Sujjest berkata,
“Aku berkeinginan agar aku dapat mengatakan bahawa kita akan mencapai perdamaian. Akan tetapi aku percaya bahawa perang Armageddon akan datang. Sesungguhnya Armageddon akan datang dan bertemu di lembah Mageddo. Ia akan datang. Mereka boleh saja menandatangani perjanjian-perjanjian perdamaian (kata sepakat persefahaman) yang mereka inginkan. Namun, sesungguhnya hal itu tidak akan merealisasikan apa-apa pun. Sebab, hari tersebut akan tetap datang.”
(Kitab Janji yang Benar dan Janji yang Dusta)

5. Gerry Folwel, seorang pemimpin fundamentalis Nasrani berkata,
“Sesungguhnya Armageddon adalah sebuah hakikat (realiti) dan sangat nyata, akan tetapi kita bersyukur kerana ia akan terjadi pada akhir hari sejagat.”
(Kitab Ramalan dan Politik)

6. Shofeld berkata,
“Sesungguhnya orang-orang Nasrani yang ikhlas hendaklah bergembira dengan peristiwa ini, kerana pertempuran yang terakhir ini (Armageddon) akan bermula, maka Isa al Masih akan segera mengangkat mereka ke awan, dan mereka akan diselamatkan oleh al Masih serta tidak akan menghadapi kesusahan apa pun yang terjadi di bumi.”
(Kitab Ramalan dan Politik)


Sebenarnya, baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah memperingatkan kita akan peperangan besar (Al Malhamah Al Kubra) di akhir zaman ini. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali pokok gharqad(yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa perang akhir zaman iaitu waktu hampir qiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada perang akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.



Israel akan memberi dan menerima benih dan bantuan kewangan sekiranya ada pihak yang ingin berkempen menanam pohon Gharqad, segala info ada di: Jerusalem PostTrees For The Holy Land dan Tree Planting Center






Dari Nafi' Bin 'Atabah, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

Kamu akan memerangi semenanjung Arab, lalu Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menaklukkannya untuk mu. Setelah itu Parsi, dimana Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menaklukkannya untuk mu. Kemudian Rum, dimana Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menaklukkannya untuk mu. Kemudian kamu akan memerangi Dajjal, dimana Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menaklukkannya untuk mu.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)


Dari Abu Daud, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

Sesungguhnya kemah besar kaum muslimin di hari pertempuran sengit ada di Ghoutah, di sebelah kota bernama Damascus, salah satu kota terbaik di Syam
(Hadis Riwayat Abu Darda')

Tempat Dabiq di Syria, sebelah utara Aleppo (Halab) dan al-A'maq adalah menuju pantai selatan Yaman. Hal ini jelas dari menggabungkan dua hadis bahawa Bani Ishak adalah orang-orang dari Rum (Constantinople atau kerajaan Byzantine, bole rujuk Surah Ar Rum (30) tentang maklumat ini dan kerajaan Rum sekarang ini berpusat di Selatan Russia berdekatan Turki dan Greece bukannya ROME di ITALY) yang telah menerima Islam dan akan dikejar oleh Rum yang akan turun di Dabiq atau Al-A'maq, tapi dari lain hadis itu adalah jelas bahawa itu adalah tempat berhampiran Aleppo.

Hal ini ditunjukkan dalam hadis yang dilaporkan oleh Abu Dawud (Shahih Jaami as-Sagheer, no. 2116.), Menceritakan yang sanadnya dari Abu-Dardaa, bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Bandar di mana umat Islam akan mengumpulkan pada hari al-Malhamah (pertempuran besar) adalah di tanah al-Ghutah (tempat yang memiliki sungai-sungai dan pohon dikelilingi oleh pergunungan) di sebuah kota yang bernama Damsyik, dari yang terbaik bandar As-Syam (Syria)


Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda.

Qiamat takkan terjadi sehingga bangsa Romawi singgah di Al-A'maq atau di Dabiq. Lalu mereka diserbu oleh bala tentera dari Madinah, yang merupakan penduduk dunia yang terbaik waktu itu. 
(Hadis Riwayat Muslim)


Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,

Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". 
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah r.a., telah bersabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,

Tidak akan terjadi hari qiamat, sehingga kaum Rum turun di kota Amaq dan di Dabiq (dekat Damascus). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, Biarkanlah (jangan kamu semua halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, “Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami.” Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat subuh sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." 
(Hadis Riwayat Muslim)

Terdapat banyak koleksi hadis-hadis berkenaan Al Malhamah Al Kubra yang disabdakan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan’, boleh rujuk Kitab al Fitan, Ibnu Katsir.

Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini. Terdapat banyak peristiwa menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam tetapi kita fokus kepada dua peristiwa ini, Pencerobohan ke Atas Iraq dan Serangan Israel ke atas Gaza. Terdapat sebuah hadis yang menakjubkan yang mengungkap peristiwa ini jelas sama seperti yang berlaku kini.

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Pernahkah kamu mendengar tentang sebuah bandar sebahagian yang berada di tanah dan sebahagian yang terletak di tepi laut?" 

Mereka berkata, 
"Ya, Wahai Rasulullah".

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berkata,
"Hari qiamat tidak akan berlaku sehingga sampai 70000 dari Bani Ishaq ada dalam serangan itu. Ketika mereka datang ke sana, mereka akan turun dan tidak akan berperang dengan senjata dan tidak pula mereka melemparkan tombak apapun. 

Mereka akan berkata,
"Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan (Allahu Akbar) Allah Maha Besar", dan satu setengah dari itu akan jatuh dan kemudian mereka akan mengatakan itu untuk kedua kalinya, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan (Allahu Akbar) Allah Maha Besar", dan bantuan akan diberikan kepada mereka, dan mereka akan memasukinya, dan mereka akan mengumpul dan membahagikan harta rampasan ketika pembawa berita akan datang kepada mereka, berkata, " Dajjal telah muncul (seorang Yahudi) ", sehingga mereka akan meninggalkan segala sesuatu dan kembali (ke Syam).
(Hadis Riwayat Muslim)

Tentang "Bani Ishaq" (Anak-anak Ishaq) disebutkan dalam hadis ini, Ibnu Katsir menulis dalam bukunya "an-Nihayah fil Fitan-wal-Malaahim", melalui "Ashraat kita-Saa'ah"Yusuf bin Abdullah al-Waabil :

Hal ini menunjukkan bahawa ar-Rum (bererti Byzantine Timur) akan menjadi Muslim pada akhir waktu, dan mungkin penaklukan Constantinopel (Istanbul) akan melalui tangan-tangan mereka, sebagai hadis tersebut telah menyatakan, bahawa 70,000 dari Bani Ishaq dalam serangan itu. Dan Ibnu Katsir juga menunjukkan dalam hasil kajian yang sama bahawa "ar Rum" adalah dari keturunan al-ees, Putra Ishaq (Isaac) bin Ibrahim, Khalil a.s.

Dalam satu hadis yang panjang..

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

"Hari qiamat tidak akan datang sampai Rum akan mendarat di al-A'maaq atau dalam Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka).Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan, maka Rum akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka", dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka". Mereka kemudian akan berperang dan satu pertiga tentera akan melarikan diri, yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak akan mengampuninya. Satu pertiga dari mereka akan menerima syahid yang terbaik di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan satu pertiga lagi menerima kemenangan dan menakluk Constantinopel. Dan ketika mereka akan sibuk dalam membahagikan barang rampasan perang (di antara mereka sendiri) selepas menggantung pedang mereka pada pohon-pohon zaitun, Iblis akan menangis: Dajjal telah terjadi di antara keluarga anda. Mereka kemudian akan meninggalkan (untuk kembali ke Syam/Syria), tetapi akan menjadi sia-sia. Dan ketika mereka kembali ke Syria, ia (Dajjal) akan keluar saat mereka akan masih mempersiapkan diri untuk pertempuran dan menyusun kedudukan ...

(Hadis Riwayat Muslim)



dalam kuasa veto dunia dimiliki oleh dua pihak yang berbeza (bukan kuasa veto di PBB kerana di PBB hanya dimiliki oleh USA) mahupun sebahagian dari mereka adalah Kafir Laknatullah, satu pihak dari pakatan US, Nato & Israel dan satu pihak lagi pakatan Russia, China & ‘Republik Islam’, mungkin dapat ditafsirkan beberapa hadis dan keadaan dunia semasa ini benar dan ada ketepatannya apabila sebahagian republik Islam menuju kerjasama dengan pihak Kafir yang menentang pihak Bani Israel dan pihak Kafir tersebut adalah berlatar belakang dari tamadun Rum atau Byzantine atau Constinople, rujuk surah ar Rum (30) untuk lebih memahami maksud dan tafsir hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berkaitan isu-isu semasa yang berlaku dalam dunia hari ini yang dipenuhi oleh fitnah, apa-apa pun Allahu a ‘lam, Allah Subhanahu Wa Ta'ala lebih Mengetahui..








semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita semua,
dalam segala hal, Allahu a'lam..