Wang & Riba

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ





Dinar ialah koin yang ditempa dari bahan logam emas dan Dirham pula ialah koin yang ditempa dari bahan logam perak. Perkataan ‘Dinar’ berasal dari perkataan ‘Denarius’ iaitu koin emas matawang Romawi yang digunakan sebelum kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam lagi. Perkataan ‘Dirham’ pula berasal dari perkataan ‘Drachma’ iaitu koin matawang perak Parsi.

Sezaman dengan Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam; koin-koin emas dan perak yang digunakan di seluruh Semenanjung Arab adalah berasal dari Empayar Byzantine dan Empayar Sasanid. Malah koin-koin emas Dinar & Dirham tersebut terus digunakan selepas kewafatan Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada tahun 632 M berterusan semasa pemerintahan Sayyidina Abu Bakar r.a sehinggalah kezaman Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan (685-705M) tanpa ada koin-koin penempaan khusus oleh Kerajaan Islam. Pada tahun 75H terjadi suatu perselisihan antara Maharaja Byzantium dengan Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan r.a. demi mempertahankan keunggulan kerajaan Berkhalifah Islam; Baginda telah memerintahkan penempaan koin-koin emas Dinar & Dirham Kerajaan Islam yang pertama.

Ini bermakna bahawa koin-koin emas Dinar dan perak Dirham adalah matawang yang universal tanpa mengira Negara yang menempanya. Ianya adalah suatu alat pertukaran yang tidak kenal bangsa dan Negara kerana semua menerima dan mengunakannya sebagai suatu alat pertukaran yang utuh dan teguh tanpa memerlukan sokongan dari mana-mana kuasa pemerintahan atau negara.


Tahukah anda koin Dinar dan Dirham ‘nilainya’ berada pada sukatan berat timbangan logamnya?

Ini bermakna bahawa ‘nilai’ koin-koin ini berada pada zatnya. Berbeza dengan wang-wang kertas dimana ‘nilainya’ hanyalah pada angka tulisan yang dicetak atas kertas tersebut semata! Ini juga bermakna koin Dinar dan Dirham ‘nilainya’ ditentukan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala pada salah satu nama-Nya yang Maha Agung – Allah adalah ar-Razak! (Allah Pemberi Rezeki). Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendirilah yang menentukan banyak manakah emas dan perak mampu di gali oleh manusia. Sebaliknya, wang-wang kertas, ‘nilainya’ ditentukan oleh pihak yang berkuasa atau pemerintah! Ini bererti pihak berkuasa menandingi kuasa Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam memberi rezeki!


Wang-wang kertas hari ini sudah tidak lagi bersandarkan sejumlah emas!

Wang-wang kertas dalam edaran diseluruh dunia hari ini sudah tiada apa-apa sandaran kepada emas dan perak sejak 1971 lagi. Sejarah memcatitkan peristiwa ‘pecah amanah’ yang telah dilakukan oleh Kerajaan Amerika Syarikat dalam perjanjian Brettonwoods 1945 terhadap 44 buah Negara yang menandatangani perjanjian tersebut.

Sememangnya pada mulanya Amerika Syarikat menjanjikan dan menjamin bahawa setiap Dollar Amerika ada disandarkan kepada emas (USD35/oz gold). Tetapi ini hanyalah tipu-daya mereka memerangkapkan ummah menerima Dollar Amerika sebagai ‘matawang rezab’ (Reserve Currency) menggantikan emas yang disimpan di 44 buah neagara tersebut sahaja.

Pada masa tersebut dikatakan ‘Dollar Amerika adalah sama seperti simpanan emas’ (American Dollar as good as gold). Setelah semua ahli menerima dan memberikan bi’ah kepada Amerika Syarikat, Negara ini mula mencetak lebih banyak Dollar daripada sandaran emas yang ada. Penipuan ini terbongkar sehingga ada pemimpin-pemimpin Negara yang sedar segera meminta emas yang dijamin. Sejarah mencatitkan pada masa pemerintahan Presiden Richard Nixon lah iaitu pada tahun 1971, Amerika Syarikat mengistiharkan bahawa semua matawang kertas sudah tidak perlu bersandarkan kepada emas lagi. Semua wang-wang kertas adalah dibebaskan terapung di pasaran matawang semata-mata menjadikan nilainya sesama sendiri tiada harga sedikit pun. Inilah penipuan yang paling hebat dalam sejarah kemanusiaan. Dollar Amerika sebagai matawang rezab dunia menyapu bersih semua harta ummah di abad ini.


Tahukah anda sebagai ‘Matawang Rezab Dunia’, Amerika Syarikat telah/boleh membeli semua kekayaan dunia hari ini?

Ini bermakna kita kononnya menjual kepada mereka hasil mahsum negara kita seperti minyak kelapa sawit, getah, barang-barang elektronik dan mereka hanya perlu memberikan wang-wang kertas Dollar Amerika yang tiada sebarang nilai sebenar!

Bukan itu sahaja, Umat Islam serta semua ummah abad ini telah ditipu sebegitu rupa sehinggakan matawang negara sesama ahli pun tidak laku dalam negara sesama ahli. Ini sebabnya jika kita bawa Ringgit Malaysia ke negara Arab Saudi, Ringgit Malaysia tidak boleh digunakan di Arab Saudi. Begitu juga wang-wang kertas Arab Saudi (Riyal) tidak laku di Malaysia. Ini bermakna semua urusan kehidupan di abad ini adalah tercemar termasuklah ibadah-ibadah kita turut terjejas. Ibadah Haji & Umrah pembayaran Zakat, malah setiap jual/beli malah sebuah kehidupan Deenul Islam adalah tercemar dengan penipuan amalan RIBA!


Allah Subhanahu Wa Ta'ala melarang umatnya memberikan Bi’ah mengenai harta kepada Ahli Kitab

وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِن تَأْمَنْهُ بِقِنطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُم مَّنْ إِن تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لاَّ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلاَّ مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَآئِماً ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ وَيَقُولُونَ عَلَى اللّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ 
Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa terhadap orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta). 

Surah An Nisaa': 75


Menurut Tafsir Qadi Abu Bakar Ibnu a.r Arabi : bahawa pengajaran dari ayat tersebut ialah; Allah Subhanahu Wa Ta'ala melarang kaum Muslimin daripada mengamanahkan urusan mengenai harta pada tangan Ahli Kitab. Ini adalah disebabkan mereka (Ahli Kitab) tiada rasa bertanggungjawab untuk menunaikan apa-apa perjanjian dengan kaum selain mereka walaupun sudah dimeteraikan dan dipersetujui. 


Kembalinya Dinar dan Dirham adalah juga berakhirnya zaman Darurat

Jika dahulu kita masih boleh berdalih oleh kerana umat Islam sudah tiada Kerajaan Berkhalifah dan sudah tidak memerintah, maka umat Islam terpaksa mengikut pemerintah yang berkuasa yang menggunakan matawang kertas. Inilah yang dikatakan umat Islam adalah dalam keadaan Dharurat!. Maka dengan kembalinya Dinar & Dirham Kelantan di negeri yang bertuah ini, Zaman Dharurat telah pun berakhir. Kembalinya Dinar & Dirham dalam edaran bererti juga bermula di Negeri Kelantan, umat Islam diabad ini berpeluang membebaskan diri mereka daripada amalan riba. Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengistiharkan PERANG ke atas hambaNya sendiri terhadap amalan RIBA! Surah al-Baqarah ayat 278-279:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman 

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ فَأْذَنُواْ بِحَرْبٍ مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُؤُوسُ أَمْوَالِكُمْ لاَ تَظْلِمُونَ وَلاَ تُظْلَمُونَ 
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan Allah dan RasulNya akan memerangimu, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa 

Surah Al Baqarah: 278-279


Pembelaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam pengistiharan ‘PERANG’ pada amalan RIBA!

Menggunakan matawang Syariah bererti anda bukan sahaja membebaskan diri anda dan keluarga anda daripada kemurkaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala tetapi juga anda adalah terbela daripada cengkaman dakyah inflasi! Beredarnya koin-koin Dinar & Dirham ditangan rakyat bermakna rakyat adalah terbela daripada tipu helah pihak yang berkuasa di abad ini. Sekaligus adalah pembelaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala terhadap umatNya di abad ini.


Apakah Dinar dan Dirham melanggar mana-mana undang-undang negara kita?

Tidak! Matawang Syariah Dinar dan Dirham hanyalah merupakan bahan alat-alat pertukaran dalam transaksi sahaja. Pengguanaan koin-koin Dinar & Dirham tidak melanggar mana-mana perundangan negara kita kerana ianya bukan matawang paksaan ‘legal tender’ (sah diperlakukan). Seumpama anda membuat pertukaran barangan dengan satu barangan lain (barter trade) penggunaan koin-koin Dinar & Dirham adalah merupakan suatu pilihan sahaja antara mana-mana cara pembayaran dalam memenuhi suatu transaksi. 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيماً 
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu

Surah An Nisaa': 29

Di dalam ayat ini Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberikan kebebasan bukan sahaja dalam urusan penjualan/pembelian tetapi juga kebebasan memilih mana-mana bahan matawang untuk penyelesaian urusan tersebut asalkan kedua-dua belah pihak setuju antara satu sama lain. Ini bermakna bukan sahaja umat Islam ada pilihan membebaskan diri mereka daripada cengkaman penipuan yang maha dahsyat di abad ini tetapi juga membuka ruang kepada seluruh Ummah di abad ini. 



Sila klik butang 'captions'/ cc untuk sarikata Bahasa Melayu


Wang Di Dalam Al Quran dan As Sunnah

Wang yang mempunyai nilai tersimpan di dalamnya telah lenyap dari sistem kewangan yang digunakan di seluruh dunia pada hari ini. Umat Islam di seluruh dunia juga bersalah kerana telah meninggalkan wang yang dengan jelas disebut di dalam Kitab Al Quran itu sendiri yang mana ianya mempunyai nilainya juga di akhirat. Umat Islam telah meninggalkan 'wang suci' dan sebaliknya menerima sebagai ganti sesuatu yang penuh penipuan sebagai medium pertukaran iaitu dalam bentuk "wang sekuler"(wang kertas dan wang digital). Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah merujuk kepada Dinar di dalam ayat Surah Ali Imran yang berikut: 


وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِن تَأْمَنْهُ بِقِنطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُم مَّنْ إِن تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لاَّ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلاَّ مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَآئِماً ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ وَيَقُولُونَ عَلَى اللّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ 
Di antara Ahli kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antara mereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu dinar, tidak dikembalikannya kepadamu kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: "tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui. 

Surah Ali' Imran: 75


Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah merujuk kepada Dirham di dalam ayat Surah Yusuf yang berikut: 


وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُواْ فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ 
Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya. 

Surah Yusuf: 20


Di dalam kedua-dua ayat ini, Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah melatakkan wang adalah syiling emas dan perak. Dinar adalah wang syiling emas dengan nilai tersirat di dalamnya, begitu juga dengan Dirham atau syiling perak, juga mempunyai nilai tersirat di dalamnya. Keduanya adalah ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tuhan Yang Maha Agung Lagi Tinggi dan keduanya mempunyai nilai yang telah diberikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendiri sebagai pencipta segala kekayaan.






Terdapa juga beberapa ayat lain di dalam Al Quran yang merujuk kepada emas dan perak sebagai suatu yang bernilai dan ianya boleh digunakan sebagai wang di dalam bentuk Dinar Emas dan Dirham Perak. 


زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ 
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). 

Surah Ali Imran: 14


إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ وَمَاتُواْ وَهُمْ كُفَّارٌ فَلَن يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِم مِّلْءُ الأرْضِ ذَهَباً وَلَوِ افْتَدَى بِهِ أُوْلَـئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ 
Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu (emas sebagai wang yang mana digunakan sebagai penebus untuk dirinya). Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.

Surah Ali Imran: 91


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّ كَثِيراً مِّنَ الأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللّهِ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ 
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Surah At Taubah: 34


وَلَوْلَا أَن يَكُونَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً لَجَعَلْنَا لِمَن يَكْفُرُ بِالرَّحْمَنِ لِبُيُوتِهِمْ سُقُفاً مِّن فَضَّةٍ وَمَعَارِجَ عَلَيْهَا يَظْهَرُونَ 
Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak, dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga), 

Surah Az Zukhruf: 33


وَلِبُيُوتِهِمْ أَبْوَاباً وَسُرُراً عَلَيْهَا يَتَّكِؤُونَ
Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga), dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga),

Surah Az Zukhruf: 34


وَزُخْرُفاً وَإِن كُلُّ ذَلِكَ لَمَّا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةُ عِندَ رَبِّكَ لِلْمُتَّقِينَ 
Serta berbagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa. 

Surah Az Zukhruf: 35


وَإِنْ أَرَدتُّمُ اسْتِبْدَالَ زَوْجٍ مَّكَانَ زَوْجٍ وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنطَاراً فَلاَ تَأْخُذُواْ مِنْهُ شَيْئاً أَتَأْخُذُونَهُ بُهْتَاناً وَإِثْماً مُّبِيناً 
Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baharu) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak (contonya, emas dan perak), maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata? 

Surah An Nisaa: 20


عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُندُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِن فِضَّةٍ وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَاباً طَهُوراً
Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.

Surah Al Insaan: 21
**Oleh kerana itu, emas dan perak akan kekal bernilai dan berharga di akhirat juga**


يُطَافُ عَلَيْهِم بِصِحَافٍ مِّن ذَهَبٍ وَأَكْوَابٍ وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ وَأَنتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ 
Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya". 

Surah Az Zukhruf: 71
**Oleh kerana itu, emas dan perak akan kekal bernilai dan berharga di akhirat juga**


فَلَوْلَا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌ مِّن ذَهَبٍ أَوْ جَاء مَعَهُ الْمَلَائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ 
Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari emas atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya?" 

Surah Az Zukhruf: 53
**Oleh kerana itu, emas dan perak akan kekal bernilai dan berharga di akhirat juga**


جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤاً وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ 
(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera. 

Surah Fatir: 33
**Oleh kerana itu, emas dan perak akan kekal bernilai dan berharga di akhirat juga**


إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤاً وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ 
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.

Surah Al Hajj: 23
**Oleh kerana itu, emas dan perak akan kekal bernilai dan berharga di akhirat juga**


أُوْلَئِكَ لَهُمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ وَيَلْبَسُونَ ثِيَاباً خُضْراً مِّن سُندُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ مُّتَّكِئِينَ فِيهَا عَلَى الْأَرَائِكِ نِعْمَ الثَّوَابُ وَحَسُنَتْ مُرْتَفَقاً 
Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.

Surah Al Kahf: 31
**Oleh kerana itu, emas dan perak akan kekal bernilai dan berharga di akhirat juga**


أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِّن زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَى فِي السَّمَاء وَلَن نُّؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّى تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَاباً نَّقْرَؤُهُ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنتُ إَلاَّ بَشَراً رَّسُولاً 
Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya". Katakanlah (wahai Muhammad):" Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul? 

Surah Al Israa': 93
**Emas diiktiraf sesuatu yang berharga yang mempunyai nilai yang tinggi**





Dari Abu Bakr ibn Abi Maryam, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)

Hadis Riwayat Ahmad




Berkata Abu Hanifah r.h.,

“Riba, inilah ayat di dalam Al Quran yang paling menakutkan”
(Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)


Ibn Abbas r.a berkata, akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat; 

"Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasNya kepada mereka" 
(Rujuk Jami Al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)







Riba bererti al ziyadah iaitu dari segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan dan secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran. Riba adalah suatu perkara yang kurang diambil penting dalam masyarakat dunia Islam termasuk Malaysia, mungkin disebabkan kesedaran dan kejahilan masyarakat dalam memahami isu riba ditambah pula fitnah kehidupan yang semakin hebat melanda.





Bank membawa maksud sebuah institusi kewangan di mana aktiviti utama adalah bagi bertindak seperti satu ejen pembayaran untuk para pelanggan dan untuk meminjamkan wang. Ia adalah sebuah institusi untuk menerima, menyimpan, dan pinjaman wang. Sistem perbankan dan kewangan sama ada secara konvensional ataupun secara 'Islam', ia menyediakan instrument-instrument yang penuh dengan amalan riba dan gharar (penipuan) yang jelas dilarang oleh ajaran Islam. Walaupun kita secara umum mengetahui wujud perbankan Islan yang dikatakan beroperasi secara Islamik yang berlandskan kepada syariat-syarit Islam, namun sebenarnya ia masih menggunakan amalan riba. Umat Islam masih suka menggunakan instrument-instrument yang mengamalkan riba agar cepat kaya dengan mudah tanpa mahu memikir, mengetahui, memahami dan menghayati dari sudut jangka panjang dan balasan yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala janjikan untuk orang-orang yang terlibat dalam amalan riba.




Antara amalan Riba (kadar faedah, kadar keberuntungan, kadar bunga) yang sering/terpaksa digunakan di dalam kehidupan umat Islam akhir zaman melalui semua sistem perbankan ciptaan musuh-musuh Islam iaitu sistem perbankan konvensional, perbankan Islam atau sebarang institusi kewangan adalah,

a- Membeli kereta ( Car Loan )
b- Membeli rumah ( Home Loan )
c- Mendapatkan modal syarikat (Term Loan atau Overdraft )
d- Membeli mesin dan alatan untuk syarikat ( Hire Purchase Loan )
e- Membuat pinjaman peribadi ( Personal Loan )
Riba di dalam Islam terbahagi kepada 2 kumpulan besar dan setiap satu terdapat pecahan yang berbeza antara setiap satu jenis Riba yang diamalkan oleh manusia.


1-Riba ad Duyun
Riba jenis ini adalah riba yang terhasil dari hutang. Ia merupakan lebihan yang terhasil disebabkan tempoh. Ia terbahagi kepada 2 iaitu:

a) Riba al Qardh
Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke atas pemberian jumlah pinjaman pokok. Syarat ini dibuat pada awal kontrak pinjaman. Ia dikenakan oleh pemberi pinjam kepada yang meminjam. Contohnya, Ali ingin meminjam RM1,000 daripada Abu, tetapi Abu menetapkan syarat bahawa Ali wajib membayar semula hutang tersebut sebanyak RM1,200. Lebihan RM200 merupakan riba.

b) Riba al Jahiliyyah
Merupakan kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pokok, yang dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam akibat si peminjam gagal membayar pada tempoh yang telah dipersetujui yang ditetapkan. Contohnya, Ali bersetuju memberi pinjaman kepada Abu sebanyak RM500 dan dikehendaki membayar kembali satu bulan dari sekarang. Tetapi sekiranya Abu gagal membayar hutang Ali sebelum atau pada 1 bulan yang telah ditetapkan, maka Abu dikehendaki membayar pada Ali sebanyak RM600. Lebihan sebanyak RM100 merupakan riba.


2-Riba al Buyu
Riba jenis ini terhasil daripada aktiviti jual beli barangan. Ia merupakan ketidaksamaan pada berat, gred atau kuantiti pertukaran 2 barang atau pertukaran tersebut dibuat secara tangguh.

a) Riba an Nasa
Ia merupakan aktiviti jual beli atau pertukaran 2 barangan yang sama jenis dan pertukaran tersebut dibuat secara tangguh (tidak sempurna dalam 1 masa). Contohnya, Ali membeli emas seberat 6 gram dengan harga RM1,000 secara tangguh (maknanya, ambil emas hari ini, bayarnya bulan depan), ia adalah Riba.

b) Riba al Fadhl
Ia merupakan aktiviti jual beli atau pertukaran antara 2 barangan yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual dengan timbang) atau kuantiti (jika dijual secara bilangan kuantiti). Contohnya, menukar 10 gram emas (jenis 916) dengan 12 gram emas (jenis kualiti 750). Pertukaran jenis ini adalah haram kerana sepatutnya kedua-duanya mesti sama timbangan (contoh: 10 gram atau 12 gram). Perbezaan kualiti tidak memberikan kesan kepada hukum.







Dari Jabir Ibnu Hayyan r.h., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

Allah Subhanahu Wa Ta'ala melaknat orang yang memakan (pemakai) riba, orang yang memberi riba, dua orang saksi dan pencatat (dalam transaksi riba), mereka semua sama saja
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)


Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya
(Hadis Riwayat Muslim, al-Bukhari dan Ibnu Majah)


Dari Abdullah bin Handullah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

Allah Subhanahu Wa Ta'ala melaknat pemakan riba, pembayarnya, penulisnya dan dua orang saksinya
(Hadis Riwayat al-Daraqutni)


Dari Abu Said Al-Khudri r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

Janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali sama kadarnya dan janganlah melebihkan sebahagiannya dengan mengurangi sebahagian yang lain. Janganlah menjual perak dengan perak kecuali sama kadarnya dan janganlah melebihkan sebahagiannya dengan mengurangi sebahagian yang lain. Dan janganlah menjual sesuatu yang diniagakan kehadapan dengan yang tunai
(Hadis Riwayat Muslim)


Dari Umar bin Khathab r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

Penukaran perak dengan emas itu riba kecuali dengan serah-terima secara langsung. Dan penukaran gandum dengan gandum itu riba kecuali dengan serah-terima secara langsung. Dan penukaran kurma dengan kurma itu riba kecuali dengan serah-terima secara langsung 
(Hadis Riwayat Muslim)


Dari Usamah bin Zaid r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

Sesungguhnya riba itu hanya terdapat pada penundaan pembayaran
(Hadis Riwayat Muslim)



(Petikan dari buku "Larangan Riba Di Dalam Al Quran dan Sunnah" oleh Sheikh Imran N. Hosein)


Soalan: 
Adakah seorang Muslim dibenarkan untuk meletakkan wangnya didalam akaun simpanan atau simpanan tetap didalam bank? 

Jawapan: 
Tidak! Itu akan memberikan penambahan yang mana adalah faedah atau riba. Dan Allah SW, dan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umat Islam dari memakan riba. 


Soalan: 
Adakah seorang Muslim dilarang dari membayar faedah (riba)? 

Jawapan: 
Ya! Samada faedah atas pinjaman untuk membeli rumah atau kereta, atau membayar yuran pendidikan kolej, atau membayar faedah keatas kad kredit dll, umat Islam telah dilarang dari membayar faedah. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat keempat-empat dan menyatakan bahawa mereka sama sahaja bersalah, - yang menerima riba, yang membayar riba, yang merekodkan transaksi dan dua orang saksi. Baginda menyatakan bahawa mereka sama sahaja bersalah. 


Soalan: 
Jika seorang Muslim telah terjebak didalam riba kerana membeli rumah, apakah yang boleh dilakukannya untuk patuh kepada perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan PesuruhNya? 

Jawapan: 
Dia boleh jual rumah tersebut dan membayar balik pinjaman bank. Dia kemudiannya boleh tinggal didalam rumah sewa sehinggalah dia mampu untuk membeli rumah secara tunai. Jika harga rumah menjadi terlalu mahal dan dia tidak mampu untuk membelinya secara tunai maka dia sepatutnya mengikut Sunnah dan menerima seaadanya untuk hidup didalam rumah atau apartmen yang kecil yang mana boleh dibina atau dibeli tanpa perlu meminjam. Atau dia boleh berusaha untuk menarik sejumlah pelabur-pelabur yang mana akan mengumpulkan wang untuk membayar habis kepada bank. 

Jika harga pasaran rumah tersebut adalah $100,000 dan dia berhutang kepada bank sebanyak $50,000, maka pelabur yang membayar balik rumah tersebut akan memiliki 50% pemilikan keatas rumah tersebut, dan dia sendiri memiliki 50%. Dia kemudiannya akan menyewa rumah tersebut dari usahasama itu tadi. Jika sewa rumah tersebut adalah $1000 sebulan, $500 akan kembali kepadanya dalam bentuk pulangan kepada pelaburan itu tadi. Dia kemudiannya akan memasuki perjanjian kedua untuk membeli dari para pelabur akan ekuiti mereka didalam rumah tersebut menurut jadual pembayaran yang dipersetujui bersama. Setiap tahun walaubagaimana pun, akan terdapat penilaian baru mengenai nilai harta tersebut. Kesudahannya apabila dia membeli keseluruhan pegangan dari rakan kongsinya, dia akan menjadi pemilik keseluruhannya akan rumah tersebut. 


Soalan: 
Bolehkah seorang Muslim melabur didalam pasaran saham? 

Jawapan: 
Pertama sekalinya, apakah saham itu? Saham adalah sebahagian daripada syarikat; jika kamu membeli saham sesebuah syarikat, maka, kamu telah menjadi sebahagian dari pemilik syarikat. Kamu sekarang berhak untuk berkongsi untung dan rugi syarikat tersebut. Pelabur-pelabur mendapat pulangan dividen daripada saham-saham mereka. Mereka juga boleh mendapat keuntungan dengan menjualnya dengan harga yang lebih mahal lagi daripada harga yang dibelinya. Pasaran saham didalam pasaran yang bebas adalah suatu institusi ekonomi yang sah dan menurut undang-undang dan peraturan. 

Tetapi pasaran yang bebas sudah tidak lagi wujud didunia pada hari ini. Pasaran saham didalam ekonomi kapitalis telah dimasuki segenap bahagiannya dengan riba; malah ia sebenarnya adalah sarang perompak dan pencuri. Spekulasi adalah kuasa pendorong utama didalam pasaran saham pada hari ini. Dan transaksi spekulatif adalah riba. 

Apakah itu transaksi spekulatif? Ianya adalah transaksi yang mana seseorang telah membeli suatu barangan dan menjangkakan harga akan naik. Apabila itu berlaku, dia akan menjualnya dan mendapat keuntungan. Ianya boleh juga transaksi yang mana seseorang menjual dan menjangkakan harganya akan jatuh. Apabila ianya jatuh seseorang itu akan membelinya balik apa yang telah dijualnya dan mendapatkan keuntungan! Transaksi spekulatif tiada bezanya dengan perjudian. 

Seseorang Islam sepatutnya melabur didalam perniagaannya sendiri atau, jika tidak, melabur didalam perniagaan halal yang dimiliki dan dijalankan oleh seseorang, atau oleh sekumpulan mereka yang jujur dan mempunyai kebijaksanaan didalam perniagaan. Pasaran saham pada hari ini beroperasi atas dasar mempunyai akses kepada maklumat. Sesiapa yang mendapat maklumat paling awal boleh mengeksploitkan maklumat tersebut dan membuat wang. 

Oleh itu salah satu kunci utama untuk berterusan mendapat keuntungan didalam pasaran saham adalah akses kepada maklumat dengan segera. Akses kepada maklumat ini selalunyai diperolehi menerusi rasuah dan juga yang dberikan oleh penaung. Ianya lantas menjadi maklumat dalaman. Maklumat dalaman dari maklumat rasmi kerajaan adakalanya diperolehi sebagai quid pro quo (benda yang diberikan sebagai balasan) untuk sumbangan kepada kempen politik semasa pilihanraya. Para pelabur yang jujur yang mana tidak mempunyai akses kepada maklumat dalaman tidak akan mempunyai peluang untuk berjaya didalam pasaran saham yang mana sebenarnya beroperasi melalui cara penipuan, maka oleh sebab itu ianya adalah riba! 


Soalan:
Bolehkah seorang Muslim memiliki dan menggunakan kad kredit? 

Jawapan:
Kad kredit adalah kad yang mana membenarkan pemiliknya meminjam sejumlah wang yang tertentu dalam satu jangka masa (selalunya sebulan). Jika pinjaman tersebut dibayar dalam tempoh masa yang ditetapkan itu maka pinjaman itu akan menjadi pinjaman tanpa faedah. Akan tetapi jika pinjaman tersebut tidak dibayar balik dalam jangka masa yang ditetapkan maka faedah (riba) akan dikenakan keatas pinjaman tersebut. Seorang Muslim dilarang dari membayar faedah maka jika seorang Muslim itu dapat membayar habis kesemua hutang kad kreditnya tepat pada masanya, dan tidak perlu membayar faedah, mungkin dia akan menyatakan bahawa dia tidak melanggar hukum dalam menggunakan kad kredit tersebut. 

Tetapi fikirkan sebegini: Perjanjian tersebut yang mana seseorang ingin mendapatkan kad kredit adalah perjanjian yang memberikan peruntukan untuk riba. Perjanjian sebegitu adalah haram bagi seorang Muslim. Maka dengan membuat perjanjian tersebut seseorang telah terjebak didalam riba. Bolehkah seseorang Muslim menerima pinjaman dengan syarat yang mana jika ia tidak dibayar sebelum tempohnya seorang itu perlulah meminum whiski? Tidak! Bolehkah seseorang Muslim menerima pinjaman dengan syarat yang mana jika ianya tidak dibayar sebelum tempohnya orang yang memberikannya pinjaman itu boleh meniduri isterinya? Tidak! Maka bagaimanakah mungkin seorang Muslim menerima pinjaman dengan syarat yang mana jika ianya tidak dibayar sebelum masa tertentu dia perlu akur untuk membayar riba? 

Keduanya, apa yang membawa kepada haram ianya sendiri adalah haram. Mungkin seorang akan menunjukkan kemampuannya untuk membayar semua pinjaman kad kredit pada masanya, terdapat 99% yang tidak mampu, yang mana akan terjebak secara langsung dengan membayar riba. Untuk menerima kemungkinan tersebut adalah umpama seorang yang mengambil prinsip didalam kehidupan yang mana setiap seseorang itu hanya perlu menjaga dirinya sendiri dan yang lain tidak perlu dipedulikan. Seseorang Islam dilarang dari hidup didalam keadaan sedemikian. 


Soalan: 
Bolehkah seseorang Muslim itu mengekalkan akaun semasanya di bank? 

Jawapan: 
Pada pendapat saya - Boleh! Akaun semasa selalunya tidak membayar faedah. Walaubagaimana pun seseorang itu perlulah memastikan perkara ini dengan banknya. Walaubagaimana pun seseorang itu perlulah mengekalkan jumlah purata bulanannya melebihi dari jumlah yang diperlukan untuk membolehkan cek-cek yang dikeluarkan olehnya ditunaikan pada setiap bulan. Terdapat dua sebab mengapa ianya perlu sebegitu: 

Pertama, bank akan meminjamkan wang dengan faedah kepada kamu dan oleh sebab itu kamu akan menyumbang kepada (yang mana boleh dielakkan) sistem perbankan riba; 

Keduanya, wang kertas adalah riba, ianya akan jatuh pada satu hari nanti menurut ramalan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Umat Islam sepatutnya mengambil langkah-langkah perlu untuk melindungi diri mereka daripada kejatuhan tersebut. Salah satu cara yang mereka boleh lakukan adalah dengan menyimpan jumlah matawang yang paling minimum dalam bentuk kertas. Saya berharap ianya akan berkemungkinan kepada kita untuk menghasilkan syiling emas dan perak pada satu hari nanti. Apabila iaitu dilakukan maka matawang boleh disimpan dalam bentuk dinar dan dirham. Apabila kejatuhan berlaku, mereka yang menyimpan dinar dan dirham tidak akan mengalami kerugian! 


Soalan:
Bolehkah seorang Muslim memberikan wang ribanya dengan memberi sedekah? 

Jawapan:
Tidak! Apa yang haram bagi seorang Muslim adalah juga haram kepada saudaranya. 


Soalan:
Bolehkah wang riba diberikan sebagai sedekah kepada masjid? 

Jawapan:
Tidak! Sedangkan golongan jahiliyah Arab yang menyembah berhala-berhala tidak akan menerima wang riba untuk masjid al-haram (apabila kaa'ba dibina semula sebelum kedatangan Islam) 


Soalan:
Jika wang riba tidak boleh digunakan untuk tujuan persendirian, dan jika ianya tidak boleh diberikan untuk kebajikan, apakah yang perlu kita lakukan kepadanya? 

Jawapan:
Ini adalah jawapan saya kepada surat yang saya terima berkenaan perkara tersebut dari seorang saudara baru Islam yang telah membuat pelaburan sebelum memasuki Islam dan telah mendapat pulangan dari pelaburannya. Beliau ingin mengetahui samada wang yang diperolehinya adalah riba dan, jika ianya riba, apa yang patut beliau lakukan dengan hasil pelaburannya itu: 

Saudari... 

Terima kasih kepada surat saudari. Ianya amat menyenangkan hati saya untuk melihat akan sifat takutkan Allah didalam surat saudari. Saya juga sungguh gembira bahawa buku kecil "Pentingnya Larangan Riba didalam Islam" telah memberikan kesan yang positif didalam perkembangan hidup saudari. Alhamdulillah! Pelaburan saudari yang mana walaupun nilai keuntungan boleh turun-naik, tidak terdapat akan kebarangkalian untuk mengalami kerugian. Transaksi sebegitu bukanlah ba'i (perniagaan atau perdagangan). Ianya adalah jelas riba! Oleh sebab itu kamu terlibat didalam satu dosa yang amat besar dan patut mengambil langkahlangkah untuk keluar darinya. Jika kamu melakukan dosa tersebut ketika didalam keadaan jahil, dan kamu kemudiannya mengambil langkah untuk memperbetulkan diri kamu sebaik sahaja kamu mempelajari mengenai dosa tersebut, maka kamu telah memenuhi salah satu syarat untuk keampunan dari Allah iaitu taubat. 

Bagaimana kamu boleh membuang wang riba yang telah dikumpulkan melalui pelaburan? Pertamanya ianya tidak boleh digunakan untuk kepentingan diri kamu. Keduanya ianya tidak boleh diberi kepada insan lain sebagai sedekah kerana apa yang haram kepada kamu (riba) adalah haram juga untuk semua umat manusia. Barangkali hanya satu sahaja kemungkinan yang terbuka untuk kamu (untuk membuang wang riba tersebut) yang mana juga meningkatkan peluang kepada kamu agar diampunkan oleh Allah ialah seperti berikut: 

Musuh-musuh Allah sedang memerangi seluruh umat manusia, secara amnya, dan terhadap umat Islam khususnya, dengan menggunakan riba. Didalam keadaan peperangan tersebut yang mana wujud didalam kehidupan ekonomi umat manusia disebabkan oleh riba, barangkali, mungkin, dibolehkan untuk menggunakan wang riba untuk memerangi riba! Jika kamu menerima pendapat kami kamu boleh menggunakan wang riba yang telah terkumpul melalui pelaburan kamu untuk mencetak buku mengenai riba untuk diedarkan secara percuma. Apabila manusia membaca buku-buku tersebut dan kemudiannya melakukan usaha untuk membebaskan diri mereka dari dosa besar riba, ianya berkemungkinan yang Allah akan mengampuni dosa besar kamu iaitu terlibat didalam riba. Dan Allah lebih maha mengetahui! Ini hanyalah pendapat saya. Ianya juga adalah pendapat saudara Shaikh Imam Alfahim Jobe yang mana telah saya rujuk kepadanya. Kami mungkin betul. Kami juga mungkin salah. Dan Allah lebih maha mengetahui! 

Yang benar, 

Saudara Islam mu, 
I.N.H. 


Soalan:
Bolehkah seorang Muslim melibatkan diri didalam skim pemasaran piramid; iaitu kamu memasarkan barangan untuk sesebuah syarikat dan kamu mendapat komisyen dengan mendapatkan pelanggan? Atau masjid kamu mendapat komisyen dari usaha kamu mendapatkan pelanggan? 

Jawapan:
Jika sasaran pelanggan adalah dengan dasar persahabatan, atau kerana perasaan setianya kepada masjid atau Pusat Islam dan sebagainya, maka keputusan yang dibuat oleh pelanggan tersebut untuk membeli sesetengah barangan (seperti melanggan kepada syarikat telefon jarak jauh) akan dibuat atas dasar pertimbangan yang tidak berpihak kepada pasaran yang bebas. Sesuatu barangan sepatutnya bersaing didalam pasaran didalam persaingan yang bebas dan adil. Pengeksploitasian hubungan akrab, atau cinta seseorang kepada agama sebagai strategi pemasaran menunjukkan korupnya akan pasaran yang bebas dan adil. Oleh sebab itu strategi pemasaran sebegitu merupakan salah satu bentuk riba. 


Soalan:
Nabi telah meramalkan kejatuhan sistem kewangan antarabangsa yang berdasarkan wang kertas, plastik dan elektronik. Kita semua menggunakan didalam wang kertas pada hari ini. Apa yang boleh kita lakukan mengenainya? 

Jawapan:
Penyelesaian yang sebenar hanya boleh dilakukan apabila gerakan Islam mengambil kawalan sesebuah kawasan. Kerajaan Islam kemudiannya akan mengambil langkah yang mana akhirnya akan menghapuskan wang kertas. Kerajaan Islam akan menggubal undang-undang yang akan menjadikan dinar emas dan dirham perak sebagai wang yang sah diperlakukan (legal tender). Kerajaan Islam itu juga akan mengeluarkan syiling emas dan perak untuk kegunaan orang ramai. Apabila dinar emas dan dirham perak diberikan status sebagai wang yang sah diperlakukan (legal tender), akibatnya para pekerja sekarang ini akan meminta gajinya didalam bentuk wang yang sebenar dan bukan lagi wang tiruan (kertas). Barang-barangan, properti, hartanah dan perkhidmatan akan menyaksikan penjual meminta wang yang sebenar keatas jualan-jualannya. 

Penggunaan dinar emas dan dirham perak sebagai wang yang sah diperlakukan akan menyebabkan kejatuhan berterusan akan nilai wang kertas. Semakin tinggi nilainya turun, semakin cepatlah jatuhnya wang tersebut, akan menyebabkan orang ramai dapat melihat kelebihan wang sebenar berbanding wang tiruan. Akhirnya wang kertas akan sendirinya jatuh dan apabila ianya berlaku, kerugian besar akan berlaku, bukan kepada orang ramai yang miskin, akan tetapi kepada golongan pemangsa elit. Sehinggalah masanya wang yang sebenar dikembalikan sebagai wang yang sah diperlakukan (legal tender), umat Islam sepatutnya melindungi simpanan mereka dengan menyimpan emas dan perak dan bukannya wang kertas!


semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita semua,
dalam segala hal, Allahu a'lam..