Saudi Najd dan Al Masih Ad Dajjal

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ 
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpinmu, sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain (bersekutu). Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. 

Surah Al Maidah: 51







Berdasarkan ayat ke-51, Surah Al Maidah, jelas membuktikan amaran kepada kita umat Islam sekiranya kita memilih untuk bersahabat atau pemimpin atau sekutu kita, yang mana mereka adalah daripada sekutu Yahudi-Nasrani, maka sesungguhnya Nur Islam itu akan hilang. Tonton, dengar & fahami video di bawah ini:-




Sedarilah akan sejarah silam bahawa golongan Yahudi dan Nasrani tidak pernah bersahabat diantara satu sama lain, ini adalah kerana Rabbi Yahudi telah melakukan jenayah yang paling hebat di atas muka bumi ini iaitu 'membunuh' (menyalib) Nabi Isa Ibn Maryam yang telah dihantar oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai Al Masih (penyelamat) yang sebenar, tetapi mereka monolak Baginda kerana mereka menilai dengan 'mata luaran' mereka terhadap Baginda (anak luar nikah atau anak haram) dan ibunya (melakukan zina). Rujuk Surah Maryam (19) di dalam Al Quran.

Lihatlah persamaan logo atau simbol yang 'Mata Satu' diantara wang kertas US Dollar dengan pihak berkuasa Raja Arab Saudi. Keturunan Saud atau Saudi adalah pembelot kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan seluruh umat Islam apabila Abdul Aziz Al ibn Saud membuat persetujuan dengan Bank Of England pada tahun 1916 dengan bayaran £5000 bagi sebulan untuk dana, dan Saud dengan penyokongnya menentang habis-habisan Khilafah Uthmaniah untuk menawan kota Madinah dan kota Mekah dari pentadbiran khalifah. Para ulama terutama menentang tindakan beliau yang bersekutu dan menerima wang tersebut, tetapi beliau dengan rasa tidak bersalah menyatakan inilah rezeki dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam bentuk cukai (Jizyah).

Dalam tahun 1919-1924, pejuang-pejuang Islam mendapat tentangan dari pihak musuh yang diketuai oleh British sehingga akhirnya British berjaya menawan Semenanjung Arab dan Jerusalem. Pada 3 March 1924, dunia yang dikepalai oleh British mengiktiraf penghapusan sistem Khilafah di dunia ini dengan sokongan Abdul Azizi ibn Saud yang telah ditabal sebagai Raja Tanah Arab secara tidak langsung umat Islam tidak mempunyai pemimpin. Seterusnya keluarga Saud pelopor fahaman Wahabbi melalui perkahwinan dengan anak perempuan Imam Muhammad Abdul Wahab.

Selepas itu keluarga Saud, mengiktiraf mata wang kertas sebagai mata wang 'halal' bagi menggantikan dinar dan dirham 'haram'. Yakni dengan hanya mengiktiraf mata wang kertas US Dollar sahaja sebagai mata wang pertukaran untuk pembelian minyak mentah di dalam industri dunia. Tindakan ini adalah kerana Eropah dan Barat tidak mempinyai emas dan perak. Rujuk perjanjian diantara Raja Faisal bin Abdul Aziz Al Saud dengan Barat dalam Bretton Woods (1944), selepas itu perjanjian bersama International Monetary Fund dan World Bank pada tahun 1971 dan akhirnya Raja Faisal sedar akan fitnah terhadap umat Islam di dunia ini sebelum baginda dibunuh oleh CIA pada tahun 1975 selepas sidang akhbar.

Wahabbi Saudi penganut fahaman Crypto Pagan yang diwarisi dari zaman berzaman sebelum kewujudan Islam di waktu pemerintahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna yang berkata telah menceritakan kepada kami Husain bin Hasan yang berkata telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Aun dari Nafi’ dari Ibnu Umar yang berkata Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

“Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”.

Para sahabat berkata,
“Dan juga Najd kami?”

Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
“Di sana muncul kegoncangan dan fitnah, dan di sanalah muncul tanduk syaitan.”
(Hadis Riwayat al Bukhari, no.1037)


Dalam hadis lain, sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,
"Ya Allah, berkahilah wilayah Yaman kami dan wilayah Syam kami", 

lalu mereka berkata,
"dan juga untuk wilayah Najd kita wahai Rasulullah..!"

RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam berdoa lagi,
"Ya Allah, berkahilah wilayah Yaman kami dan wilayah Syam kami" 

lalu mereka berkata lagi,
"Dan juga untuk wilayah Najd kita, wahai Rasulullah!"

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab,
"Di situlah goncangan, fitnah, dan di sanalah terbitnya tanduk syaitan".
(Hadis Riwayat al Bukhari, no. 990)


Pada tahun 851 H, sebuah rombongan kafilah dari Kabilah Al-Masalih, salah satu kabilah dari Bani Anza, menuju perjalanan ke Iraq dalam rangka membeli keperluan seperti gandum, jagung, dan lainnya untuk dibawa kembali ke Najd. Kafilah itu dipimpin oleh Sahmi bin Hathlul. Ketika rombongan kafilah sampai di Basra mereka bertemu dengan saudagar Yahudi yang kaya bernama Murdahai bin Ibrahim bin Musa yang menjual barang-barang yang mereka perlukan. Saudagar Yahudi itu bertanya kepada mereka, "Dari mana?" dan mereka menjawab, mereka adalah Kabilah Al-Masalih dari Bani Anza. Mendengar hal ini, saudagar Yahudi ini kemudian memeluk satu persatu semua anggota rombongan itu sambil mengatakan bahawa dia juga berasal dari Kabilah Al-Masalih yang terpaksa pindah ke Basra kerana perselisihan antara ayahnya dengan anggota Bani Anza lainnya.

Mengiringi cerita bohong tersebut, dia memerintahkan pelayannya untuk memenuhi seluruh unta-unta mereka dengan tepung gandum, kurma, tamman dan bahan-bahan keperluan lain. Tindakan ini sangat berkesan dan sekaligus membuat mereka bangga kerana bertemu “saudara” sendiri yang menjadi saudagar kaya di Iraq. Mereka sangat menyukainya malah sangat mempercayainya. Ketika rombongan akan kembali ke Najd, saudagar Yahudi yang berpura-pura sebagai bahagian dari Kabilah Al-Masalih itu meminta agar dia diperkenankan ikut rombongan itu pulang ke Najd. Dengan senang hati permintaan itu dipenuhi.

Setelah tiba di Najd, saudagar Yahudi itu dengan sokongan penuh “saudara-saudaranya” mula mempropagandakan dirinya. Namun, ia ditentang oleh masyarakat Al-Qasim dibawah pimpinan Syekh Saleh Salman Abdullah Al Tamimi, seorang ulama Muslim terkemuka. Dakwahnya meliputi kawasan Najd, Yaman dan Hejaz. Akibat penentangan ini dia berpindah dari Al-Qasim ke Al- Ihsa dan mengganti namanya dengan Marhan bin Ibrahim Musa. Dia kemudian tinggal ditempat yang bernama Dir’iya dekat Al-Qatif. Di sini dia mulai menyebarkan cerita bohong tentang Perisai Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa perisai tersebut diambil oleh Kafir Quraisy pada waktu Perang Uhud dan kemudian dijual kepada sebuah kabilah Yahudi bernama Bani Qunaiqa’ yang menyimpannya sebagai harta pusaka. Konspirasi pembohongan yang digunakan olehnya dengan bertahap secara tak langsung menaikkan posisinya di mata kaum Badawi dan sekaligus secara halus mempengaruhi orang-orang Badawi agar beranggapan bahawa orang Yahudi juga telah berjasa menjaga peninggalan Islam yang sangat bersejarah.

Dengan semakin kuat posisi dan pengaruhnya di mata kaum Badawi Arab, dia kemudian memutuskan untuk menjadikan Dir’iya sebagai ibu kota kerajaan Yahudi di tanah Arab dan mendakwa dirinya sebagai raja mereka. Sementara itu Bani Ajaman bersama dengan Bani Khalid menyedari bahaya dari Marhan setelah mereka mengetahui siapa dia sebenarnya dan konspirasi jahatnya. Mereka kemudian menyerang Dir’iya dan berjaya mendudukinya tetapi tidak berjaya menangkap Marhan kerana melarikan diri. Dalam pelariannya, Marhan bin Ibrahim Musa yang nama aslinya Murdahai bin Ibrahim Musa adalah orang Yahudi, maka tibalah disebuah tanah pertanian yang waktu itu disebut Al-Malibid Ghusaiba dekat Al-Arid, yang sampai sekarang disebut sebagai Al-Riyadh.

Dia meminta kepada pemilik tanah pertanian itu agar mengizinkannya tinggal disitu. Dengan baik hati pemilik tanah pertanian tersebut memperkenankannya. Tetapi, lebih kurang satu bulan setelah dia tinggal di situ, pemilik tanah pertanian yang baik hati itu berserta seluruh keluarganya telah dibunuh olehnya, dan berpura-pura bahawa pemilik tanah pertanian berserta seluruh keluarganya dibunuh oleh perompak. Kekejian dan kebohongannya tidak disitu saja, malah dia menyebarkan berita bahawa ia sudah membeli seluruh tanah pertanian itu dari pemiliknya sebelum peristiwa kejam itu terjadi. Maka, sekarang dia berhak ke atas tanah pertanian itu dan mengubah namanya menjadi Al-Dir’iya, sama dengan nama tempat sebelumnya.

Di situ dia kemudian membina sebuah tempat persinggahan yang diberi nama Madaffa, dan bersama-sama dengan para pengikutnya kembali menyebarkan propaganda yang menyesatkan bahawa dia adalah seorang Syeikh Arab tulen dan agung. Dia kemudian membunuh Syeikh Saleh Salman Abdullah Al-Tamimi, di sebuah masjid di kota yang disebut Al-Zalafi. Setelah puas dapat melenyapkan Syeikh Saleh, dia kemudian menjadikan tempat yang namanya sudah diubahnya menjadi Al-Dir’iya tersebut sebagai pusat kegiatannya. Dia mengahwini ramai wanita dan memperoleh ramai anak yang semuanya dia beri nama-nama Arab. Salah satu anak lelakinya dia beri nama Al-Maqaran (berakar dari nama Yahudi: Mack-Ren) yang kemudian mempunyai anak lelaki yang diberi nama Muhammad. Anak lelakinya yang lain dia beri nama Saud, dan nama inilah yang kemudian dan sampai sekarang menjadi nama Dinasti Saudi.

Keturunan Marhan Crypto Yahudi ini telah berkembang semakin banyak dan semakin kuat di bawah nama Keluarga Saudi. Mengikuti jejak pendahulunya mereka meneruskan gerakan tersirat dan konspirasinya menentang Negeri/Bangsa Arab. Secara tak sah satu per satu mereka memperluas wilayahnya dan membunuh setiap orang yang menentang mereka. Mereka menghalalkan segala cara untuk meraih matlamat mereka. Mereka menggunakan wang mereka dan juga para wanita mereka untuk membeli pengaruh, khususnya terhadap mereka yang mahu menulis biografi asli dari Keluarga Crypto Yahudi ini. Mereka mengupah penulis dengan bayaran tinggi untuk mereka-cipta biografi mereka, yang sekaligus menyembunyikan hal sebenar keturunan mereka, dengan mengaitkan mereka dengan kabilah-kabilah Arab terkenal seperti Rabi’a, Anza dan Al-Masalikh. Sebagai contoh pembohongan penulisan pada tahun 1362 H atau 1943-an misalnya seperti Muhammad Amin Al-Tamimi, Pengarah Perpustakaan Kerajaaan Saudi, membuatkan silsilah yang menyambung kepada Nabi Besar Kita Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Untuk itu dia mendapat hadiah sebanyak 35,000.00 Pound Mesir dari Duta Besar Saudi untuk Mesir yang waktu itu dijabat oleh Ibrahim Al-Fadil.

Dalam Buku Sejarah Keluarga Saudi halaman 98 – 101 penulis sejarah bayaran mereka menyatakan bahawa Dinasti Saudi menganggap seluruh penduduk Najd adalah kafir dan kerananya wajib dibunuh, hartanya dirampas, dan para wanitanya dijadikan hamba. Tidak ada seorang muslim/muslimah pun yang keyakinannya tulen kecuali mereka mengikuti fahaman Muhammad bin Abdul Wahab. Doktrinnya memberi kekuasaan kepada Keluarga Saudi untuk menghancurkan kota-kota, desa-desa, perkampungan berserta seluruh isinya, membunuh para lelaki dan kanak-kanak, memperkosa para wanitanya, merobek perut para wanita yang sedang sarat mengandung dan kemudian memotong tangan anak-anak mereka lalu membakar mereka. Doktrin kejam dan ganas ini juga memberi kekuasaan kepada Keluarga Saudi untuk merampas dan menguasai seluruh harta benda dan kekayaan penduduk yang mereka anggap sesat (iaitu mereka yang tidak mengikuti fahaman Wahabi).

Keturunan Al-Saud (sekarang dikenal dengan Keluarga Saudi) melaungkan kempen membunuh terhadap para pemimpin kabilah-kabilah Arab dengan menuduhnya sebagai kaum kafir dan musyrik. Keluarga Saudi yang sejatinya adalah Keluarga Crypto Yahudi ini benar-benar telah melakukan bermacam-macam perbuatan keji atas nama ajaran sesat mereka iaitu Wahabisme, dan telah membawa keganasan dihati para penduduk kota-kota dan desa-desa sejak tahun 1163 H. Mereka menamakan seluruh jazirah Arab yakni Negeri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan nama keluarga mereka iaitu Saudi Arabia seakan seluruh kawasan di jazirah Arab adalah milik peribadi keluarga mereka, dan seluruh penduduk lainnya dianggap sebagai para pelayan dan hamba mereka yang harus bekerja keras untuk kesenangan majikan mereka yakni Keluarga Saudi. Mereka menguasai seluruh kekayaan alam sebagai milik peribadi mereka dan apabila ada pihak yang menentang tindakan Dinasti Crypto Yahudi ini, maka orang tersebut akan dipancung di hadapan masyarakat umum. Pernah salah seorang puteri mereka pergi ke Florida, Amerika Serikat, dengan segala kebesarannya menyewa 90 unit Suite Rooms di Grand Hotel dengan harga sewaan USD 1 juta per malam. Tidak ada yang berani membantah akan kemewahan dan keborosan ini kerana takut akan dipancung.

Pada tahun 1960, Radio Sawt Al Arab di Kairo Mesir dan Radio Yaman di Sana’a mengesahkan kebenaran Darah Crypto Yahudi dari Keluarga Saudi. Raja Faisal Al-Saud waktu itu tidak boleh menolak kenyataan Darah Crypto Yahudi dari Keluarga Saudi ketika dia menyatakan kepada Washington Post pada 17 September 1969 dengan berkata: ”Kami, Keluarga Saudi adalah saudara sepupu Yahudi. Kami sama sekali tidak setuju kepada sebarang Pemerintah Negara Arab atau Pemerintah Negara Muslim yang menunjukkan kebencian kepada Yahudi, tetapi kita harus hidup berdampingan secara damai dengan mereka. Negara kami (Arabia) adalah asal mu'asal dari mana orang Yahudi pertama muncul, dan kemudian keturunannya menyebar keseluruh penjuru dunia”. Demikianlah deklarasi Raja Faisal Al-Saud bin Abdul Aziz.

Hafiz Wahbi, Penasihat Kerajaan Saudi, menyatakan didalam bukunya yang berjudul ”Peninsula of Arabia” bahawa Raja Abdul Aziz Al Saud yang meninggal tahun 1953 telah berkata: ”Mesej/Amanah kami (Saudi) kepada seluruh kabilah Arab yang menentang kami, Datuk saya, Saud Awal, pernah menawan sejumlah Sheikh dari Kabilah Mathir dan ketika serombongan orang dari kabilah yang sama datang menuntut pembebasan mereka, Saud Awal memerintahkan kepada para pengawalnya untuk memenggal kepala semua tawanan itu, kemudian, dia ingin menghinakan para penuntut itu dengan mengundang mereka untuk memakan daging korbannya yang sudah dimasak sementara potongan kepalanya diletak di atas dulang. Para penuntut itu sangat terkejut dan menolak untuk memakan daging keluarganya sendiri; dan kerana penolakannya itu, dia memerintahkan kepada para pengawalnya untuk memenggal kepala mereka juga”.

Hafiz Wahbi mengatakan lebih jauh bahawa maksud Raja Abdul Aziz Al Saud menceritakan kisah berdarah itu agar delegasi dari Kabilah Mathir yang saat itu sedang datang untuk menuntut pembebasan pemimpin mereka saat itu, yakni Sheikh Faisal Al Darwish, untuk tidak meneruskan niat mereka. Kerana agar tidak akan mengalami nasib yang sama. Dia membunuh Sheikh itu dan menggunakan darahnya untuk wudhu tepat sebelum ia melakukan solat (sesuai dengan fatwa sesat fahaman Wahabi). Kesalahan Sheikh Faisal Al Darwish saat itu adalah kerana dia mengkritik Raja Abdul Aziz Al Saud yang telah menandatangi dokumen yang disiapkan pemerintah British sebagai sebuah Deklarasi untuk memberikan Palestin kepada Zionist Yahudi-Nasrani. Ikatan persefahaman itu dilakukan di sebuah konferensi yang diselenggarakan di Al Aqeer pada tahun 1922.

Begitulah dan hal itu terus berlanjut sampai sekarang dalam sistem kekuasaan rejim Keluarga Saudi atau tepatnya Keluarga Crypto Yahudi ini. Semua tujuannya adalah: menguasai semua kekayaan dan keberkahan negeri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan cara merompak dan perbuatan keji lainnya, penyesatan, pengkafiran, mengeksekusi semua yang menentangnya dengan tuduhan kafir dan musyrik yang semuanya itu didasarkan atas doktrin fahaman wahabi.

#sumber rujukan;
(1) Alu Su`ud min Aina wa Ila Aina? (Muhammad Sakher)
(2) Zionist Rulers of Saudi Arabia: Jewish Roots of the Saudi Ruling Family
(3) The Saudi Dynasty: From Where Is It? And Who Is The Real Ancestor Of This Family?






 










Logo Organisasi Kebudayaan & kesenian Saudi Arabia
Jeddah Eye di Al-Hamra Open Air Museum






Dari Hudzaifah r.a. , Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Dajjal keluar dengan membawa air dan api. Adapun apa yang dilihat manusia sebagai api sebenarnya adalah air yang dingin, dan yang dilihat manusia sebagai air sesungguhnya dia adalah api yang membakar. Maka siapa di antara kalian yang berjumpa dengannya hendaklah mengambil yang di tangannya yang nampak seperti api kerana itu adalah air yang segar lagi dingin"

(Hadis Riwayat Bukhari)




Haruslah diingat dan difahamai akan fitnah Al Masih Ad Dajjal sangatlah halus sekiranya kita masih belum mengetahui hakikat realiti dan fantasi kehidupan di dunia ini sepertimana rujukan hadis di atas iaitu "api dan air" dan penafsiran yang sebaliknya harus difahami bagi umat Islam yang beriman dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan menggunakan 'mata hati' di dalam dunia moden ini yang penuh dengan kemewahan dan kenikmatan yang sebenarnya 'api'. 

Hidupkan 'mata hati' dalam diri kita dengan berpandukan al Quran dan as Sunnah sebagai rujukan dan memahami dan mendalam kisah yang terdapat di dalam surah al Kahf (18) terutama 3 kejadian diantara Nabi Khidir a.s. dengan Nabi Musa a.s. agar kita dapat menjauhkan diri dari fitnah ini sepertimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa tiada fitnah yang sehebat selain fitnah al masih al Dajjal.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy r.a., beliau berkata; Rasululah Sallallahu Alaihi Wasallam telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda: 

"Sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menjaga orang-orang mukmin”

(Hadis Riwayat Muslim)


Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Jika sesiapa belajar dengan mata hati dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan dilindungi dari Dajjal"

(Hadis Riwayat Muslim) 


Jangan lah kita 'buta sebelah mata' iaitu 'mata hati', mabuk dengan kesibukan, kenikmatan, keselesaan dan kemewahan dunia ini yang hanya lah fantasi, sedangkan realiti kita sebagai Islam adalah kehidupan selepas mati yang kekal abadi. Terakhir, cuba kita rujuk, fahami dan hayati kepada hadis riwayat Imam Ahmad ini, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

"Sesiapa yang mencintai dunianya, ia merugikan akhiratnya. Dan sesiapa yang mencintai akhiratnya ia merugikan dunianya. Pilihlah yang abadi (akhirat) daripada yang fana (dunia)." 

(Hadis Riwayat Ahmad)

Sekian, semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita semua, dalam segala hal, Allahu a'lam..