Madinah dan Istana ad Dajjal di Jabal Habshi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Dari Anas bin Malik, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:

"Tidak seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata. Ketahuilah bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara kedua matanya tertulis "kaaf", "faa", "raa".
(Hadis Riwayat Muslim)



Dari Anas bin Malik r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda: 

"Tiada suatu negeri pun melainkan akan diinjak oleh Dajjal, kecuali hanya Makkah dan Madinah yang tidak. Tiada suatu lorong pun dari lorong-lorong Makkah dan Madinah itu, melainkan di situ ada para malaikat yang berbaris rapat untuk melindunginya. Kemudian Dajjal itu turunlah di suatu tanah yang berpasir di luar Madinah, lalu kota Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan dan dari goncangan-goncangan itu  Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mengeluarkan akan setiap orang kafir dan munafik". 
(Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)




Dari Jabir bin Abdullah, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 

“Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi".
(Hadis Riwayat Muslim)




Dari Abdullah ibn Shafeeq, daripada Muhjin ibn Adraa, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada orang ramai;

"Hari Pembebasan, Hari pembebasan, Hari Pembebasan!" dan mengulanginya tiga kali.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya oleh seorang sahabat,
"Apakah Hari Pembebasan?"

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab:
"Dajjal (penipu pada akhir zaman), Dajjal akan datang, memanjat dan menetap di atas Jabal Habshi, melihat ke arah Madinah dan bertanya kepada para pengikutnya; Adakah anda melihat Istana Putih itu? itu lah Masjid Muhammad. Kemudian Dajjal akan cuba mendekati kota Madinah dan mencari jalan di setiap sudut tetapi malaikat menghalalangnya dengan pedang dan Dajjal akan sampai ke tanah lapang Al Jurf dan membuat kem. Madinah akan bergegar sebanyak 3 kali dan akan ada orang munafik lelaki atau wanita keluar untuk menyertai Dajjal, ini adalah hari pembersihan"
(Hadis Sahih Shawahid oleh Sheikh Mustafa al 'Adawi dalam Sahih al Musnad, Hadis al Fitan (Jilid: 1991, m/s: 496)





Terdapat kesalahan di dalam terjemahan pada minit yang ke 1.47 berkaitan pembacaan 10 ayat pertama di dalam Surah al Baqarah, tetapi sebenarnya ia adalah pembacaan 10 ayat pertama Surah Al Kahf.

Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal"
(Hadis Riwayat Muslim)





Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Tidak akan masuk Madinah ancaman Dajjal. Pada saat itu Madinah memiliki tujuh pintu, setiap pintu dijaga oleh dua Malaikat.
(Hadis Riwayat Bukhari)


Adakah kita telah siap sedia berhadapan dengan al Masih ad Dajjal? Segala kelengkapan untuk Dajjal telah dipersiapkan oleh pengikutnya dan terbukti berdasarkan hadis-hadis berkaitan..

Akan tetapi harus diingat bahawa Dajjal tidak akan datang kepada setiap orang manusia dan di setiap penjuru muka bumi ini dengan memperlihatkan dirinya yang 'bermata satu' (luaran) untuk membuktikan dan juga menyesatkan manusia tetapi cukup sekadar menciptakan satu sistem kehidupan yang mana manusia diperhambahkan dalam pelbagai aspek duniawi yang sibuk, penuh nikmat, keselesaan, tidak bertuhan dan jauh dari pegangan mahu pun petunjuk al Quran dan as Sunnah agar umat Islam sentiasa lalai dan menjauhkan diri dari beriman dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala sehinggakan dalam diam ia membutakan 'mata hati' di dalam diri kita, ini lah sebahagian fitnah al Masih ad Dajjal..

Adakah kita sedar apa yang sedang berlaku?
Masih lalai atau masih tidak percaya?
Asyik dengan kesibukan hidup dunia?

al Quran dan as Sunnah (hadith) telah menceritakan segalanya bagi mereka yang mahu membuka mata hati.
 
"hidup ini bukan lah kehidupan, mati itulah permulaan kehidupan. Jika merasakan hidup ini adalah kehidupan, hatimu telah pun mati dari kehidupan"

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita, dalam segala hal, Allahu a'lam..