Petanda Hujung Akhir Zaman

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. 

Surah Al 'Araaf: 179






Sejak lebih dari 20 tahun yang lalu negara-negara Arab seperti Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Arab Saudi telah giat membina bangunan-banggunan tinggi seperti ingin melebihi keadaan yang ada di dunia Barat dengan motif 'kemajuan'. Jika kita rujuk kepada hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kita seharusnya sedar bahawa kita sedang hidup dalam zaman yang sangat berbahaya iaitu akhir zaman yang dipenuhi pelbagai 'Fitnah'. Negara Arab Saudi pada hari ini dibentuk oleh Islamist Wahhabism yang meruntuhkan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah semata-mata untuk memerintah dan berkuasa di Jazirah Arab. 

Lihatlah apa yang berlaku kepada Kota Suci Tanah Haram, apabila Makkah dan Madinah apabila dikuasai oleh mereka-mereka yang layak digelar pengkhianat Islam. Kita umat Islam memerlukan passport yang 'sah' untuk ke sana sedangkan bumi ini tidak ada sempadan dan ia adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada hambanya terutama umat Islam. Sejarah ketamadunan manusia menunjukkan hanya dalam dunia yang dikatakan 'moden' ini sahaja manusia menggunakan passport untuk ke sebuah negara lain, tanpa passport manusia dikatakan 'menceroboh' dan 'pendatang asing' walaupun kita sesama Islam.. 

Dunia telah banyak dikaburi dengan 'fitnah', golongan Wahabi Saudi bukan sahaja disogok dengan rasuah GBP 5000.00 sebulan oleh General Allenby (pemerintah Britain) malah menubuhkan satu hubungan yang istimewa dengan tentera Dajjal !! (Israel, Britain dan Amerika pada hari ini). 

Itulah legasi yang paling berharga ditinggalkan Britain terhadap Semenanjung Hijaz selepas Perang Dunia Pertama. Bermula dari hari itu, Keluarga Najd Arab Saud memerintah Kota Suci umat Islam (Makkah & Madinah) yang menjadi tempat berkumpulnya seluruh umat Islam pada dunia setiap tahun. Lihatlah tanda-tanda akhir zaman di Tanah Suci Makkah yang ditadbir oleh ‘bukan ahlinya’..






Dari Umar r.a berkata: Saat kami duduk dekat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di suatu hari maka tiba-tiba nampaklah oleh kami seorang lelaki memakai pakaian sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak terlihat padanya bekas (tanda-tanda) dalam perjalanan dan tidak seorang pun di antara kami yang mengenalnya maka duduklah ia dihadapan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam lalu menyandarkan lututnya pada lutut Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam lalu meletakkan tangannya di atas peha Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam kemudian ia berkata:

Hai Muhammad, beritahukanlah padaku tentang Islam! 

Maka jawab Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
Islam iaitu engkau bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan sungguh Muhammad itu utusan Allah, menegakkan solat,mengeluarkan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan Haji ke Baitullah (Mekah) jika engkau kuasa menjalaninya.

Berkata orang itu:
Benar.

Kami hairan, ia bertanya dan ia pula yang membenarkannya.

Maka bertanya lagi orang itu:
Beritahukanlah padaku tentang Iman. 

Jawab Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
Engkau beriman kepada Allah dan MalaikatNya, kepada Kitab-kitabNya, kepada Rasul-rasulNya, kepada hari Kiamat dan beriman kepada Qadar baik dan yang buruk.

Berkatalah orang itu,
Benar.

Bertanya lagi orang itu:
Maka beritahukanlah padaku tentang Ihsan. 

Jawab Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
Engkau beribadah (mengabdi) kepada Allah seakan-akan engkau melihat kepadaNya, sekalipun engkau tidak dapat melihatNya maka sesungguhnya ia melihat engkau.

Tanya orang itu lagi:
Beritahukanlah aku tentang hari qiamat. 

Jawab Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
Orang yang ditanya tidak lebih tahu dari si penanya. 

Tanya orang itu lagi:
Beritahukanlah aku tentang tanda-tandanya. 

Jawab Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
Diantaranya jika seorang hamba telah melahirkan majikannya dan jika engkau melihat orang yang tadinya miskin papa, berbaju compang-camping, sebagai penggembala kambing sudah berkemampuan, berlumba-lumba dalam kemegahan bangunan.

Kemudian pergilah orang tadi.

Aku diam tenang sejenak kemudian Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berkata:
Wahai Umar tahukah engkau siapa yang bertanya tadi?

Jawabku:
Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berkata:
Dia itu Jibril datang kepada kalian mengajarkan tentang agama kalian.

(Hadis Riwayat Muslim)




Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan diairi sungai-sungai"

(Hadis Riwayat Muslim)




Semasa 14 Abad yang silam, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah mengungkapkan kejadian yang akan datang dalam sebuah hadis: 

"Salah satu di antara tanda-tanda akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk 'bertemasya', perniagaan, riya’ (pamer) atau mengemis. Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berpunya untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis”.

(Diriwayatkan oleh Anas r.a.)




Sebagai sedikit tambahan mengenai keadaan umat manusia zaman sekarang yang mana seramai 999 orang daripada setiap 1000 orang (rujuk hadis riwayat Imam Muslim) diperhambakan dengan kesibukan mengejar nikmat dunia. Sebagai 'contoh' seorang pekerja Indonesia sanggup menjadi hamba 'wang' di Singapura dengan bayaran bulanan SGD 500 (IDR 3.6 juta) dan begitulah juga yang terjadi kepada sesiapa sahaja yang berhijrah untuk mencari 'rezeki' atau nikmat duniawi. 

Kini manusia lebih sanggup melakukan apa sahaja demi memperoleh 'wang' tanpa mengira 'halal atau haram' dan manusia lebih mudah berhijrah mencari duniawi daripada berhijrah mencari keredhaan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sedangkan janji Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah pasti (yakin lah dengan sesungguhnya) akan kesenangan, kenikmatan dan keamanan yang hakiki di dunia dan di akhirat kelak kepada sesiapa sahaja yang beriman, berusaha dan bertawakal kepadaNya. Ingatlah lebih banyak harta kekayaan yang kita miliki, lebih banyak yang akan dipersoalkan 'disana' kelak..

Walaupun Al Quran dan As Sunnah telah menjadi petunjuk kepada segala petunjuk dalam kehidupan ini, namun 999 orang daripada setiap 1000 orang lebih mempercayai 'wang' adalah segala-galanya, iaitu dengan 'wang'lah akan memberikan kesenangan hidup ini sedangkan dalam ia tidak sedar akan realiti keadaan yang terjadi adalah telah diperhambakan kepada 'wang kertas' ciptaan musuh-musuh Islam bukannya hamba kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Itulah yang dikatakan sebagai perbezaan 'realiti dan fantasi' sebagai 'Fitnah' oleh Sheikh Imran N. Hosein sekiranya kita tidak menilai sesuatu dengan menggunakan 'mata hati' kita, maka kita akan terus hanyut dalam fitnah ini..







Future Makkah! 

Itulah gambaran beberapa buah projek mega di seluruh Saudi yang menelan belanja melebihi SR100 Trillion. Antaranya adalah Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 2-20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion, Projek 'Makkah Expansion & Shades' iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara 'gila', sebuah menara paling tinggi di dunia dimana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC..




Kesemua negara di dunia ini berlumba-lumba melakukan binaan yang hebat dan tinggi sedangkan tidak ada satu negara yang benar-benar kaya melainkan dengan menggunakan sistem berhutang dan melibatkan riba dalam proses melengkapkannya. 

Hari ini ianya menjadi sesuatu yang sangat menakjubkan apabila ramai orang termasuk orang Islam sendiri berbangga untuk ke negara-negara maju di Barat dan juga di tanah Arab seperti Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Qatar, dan Arab Saudi setelah mereka mengetahui dan berkeinginan untuk melihat 'kehebatan' bangunan tinggi berdiri dengan gahnya.

Akan tetapi mereka sebenarnya terkeliru (dimabukkan dengan dunia) dalam agenda ciptaan musuh-musuh Islam, mereka tidak mampu untuk berfikir bahawa bangunan tinggi ini salah satu bukti 'Fitnah' dalam kehidupan moden ini. Kita sebaliknya harus berfikir adakah benar-benar maju atau akan maju umat Islam di Tanah Arab terutamanya? 

Mereka disana sanggup membelanjakan berbilion-bilion Dollar dalam membina banggunan bertaraf 7 bintang, namun dalam masa yang sama ramai umat Islam yang miskin di Somalia, Yemen, Pakistan, Indonesia, Afghanistan, Palestin dan lain-lain...

Bukankah Islam menyatakan kita semua adalah saudara tanpa ada batas sempadan negara seperti mana zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, para sahabat dan khilafah Islamiyah yang lain..




Salah satu dari 5 projek mega di Arab Saudi ini ialah Projek di Jabal Khandama, Makkah meliputi pembinaan 39 penempatan dan menara hotel berketinggian dari 20 hingga 48 tingkat. Apabila ia siap maka ia dapat menampung 45 ribu penduduk dan 150 ribu jemaah pada satu-satu masa. Keseluruhan projek berkeluasan 1.2 juta meter persegi. 

Benar, projek-projek ini akan memberi keselesaan kepada para jemah Haji yang saban tahun semakin meningkat bilangannya. Akan tetapi, dari satu sudut lain, ia memanifestasikan sebuah Hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berkenaan Umat Akhir Zaman menunaikan Fardhu Haji. Dahulunya, sesiapa yang menunaikan rukun Islam ke-5 ini akan 'impress' dengan binaan Baitulallah akan tetapi kini, Abraj al-Bait telah mengambil hati para jemaah Haji masa Hadapan. Itulah cita-cita Dajjal melalui tenteranya, Golongan Islam Wahhabi Saudi..






Dari Anas bin Malik r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Mekah dan Madinah, kerana tidak ada satu pintu masuk pun dari pintu-pintu gerbangnya kecuali ada para malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah akan bergoncang sebanyak tiga kali sehingga Allah mengeluarkan orang-orang kafir dan munafik daripadanya". 

(Hadis Riwayat Al Bukhari, no.1748)




Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas


ini adalah tapak rumah Sayyidah Khadijah Al Kubra yang dijadikan tandas perempuan
oleh kerajaan Saudi Najdi Wahhabi

Semoga kita semua menyedari akan 'fitnah' yang hebat dari Al Masih Ad Dajjal dan sentiasa berusaha menjauhkan diri dan keluarga darinya dengan mendekati Allah Allah Subhanahu Wa Ta'ala melalui pemahaman dan penghayatan, tentang amaran dan peringatan yang terdapat di dalam Al Quran dan As Sunnah sepenuhnya dalam kehidupan di dunia moden yang semakin hari semakin kuat mencabar kekuatan akidah dan iman kita.

semoga Allah Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita semua, dalam segala hal, Allahu a'lam..